'Bukan sekarang masanya kau pergi...' - Kakak Zamani Slam, ibu Zyanakal meninggal dunia

A
A
A

IBU kepada penyanyi dan komposer muda, Zynakal iaitu Zuraidah Ibrahim, 53, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Allahyarham yang juga kakak kepada penyanyi Zamani Slam menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman dan komplikasi buah pinggang.

Zynakal menerusi Instastorynya malam tadi turut meluahkan perasaan yang mengharapkan ibunya kuat.

"Bukan sekarang masanya kau pergi, kau lagi kuat daripada apa yang aku tahu. Aku harap ramai mendoakanmu ibu," tulisnya.

zyanakal-zamaniZynakal merupakan anak saudara kepada penyanyi, Zamani.

Sementara itu, menerusi laporan Harian Metro, sahabat baik Zamani dikenali sebagai Babah Lan memaklumkan penyanyi Gerimis Mengundang itu bergegas pulang dari Pulau Pinang sebaik mendapat perkhabaran sedih itu.

"Zamani berada di sana kerana terlibat dengan sebuah persembahan bersama Ameng. Bagaimanapun pihak penganjur segera membelikan dia tiket penerbangan untuk pulang ke Kuala Lumpur," jelasnya.

Allahyarham Zuraidah turut menguruskan syarikat pengurusan Zamani iaitu ZIME Production.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca