"Cantik betul Yong, cara senyum persis mummy." Wajah terbaharu anak sulung Lisa Surihani raih perhatian

A
A
A

SEMAKIN meriah keluarga pasangan selebriti sama cantik sama padan, Datin Lisa Surihani dan suaminya, Datuk Yusri Abd Halim usai dikurniakan tiga cahaya mata.

Anak sulung, Yahaira Leanne dan dua orang anak lelaki, Yusof Leonne serta Yunos Laith.

Begitupun, umum mengetahui, pasangan tersebut jarang mendedahkan wajah anak-anak mereka di laman media sosial.

Terbaharu, menerusi hantaran Yusry di laman rasmi Instagramnya, bekas penyanyi kumpulan KRU itu berkongsi momen indah ketika membawa ahli keluarganya melawat zoo yang terletak di Melaka.

Baca ni: 'Bertocang dua, sapu lip gloss tetap letop. Anak Che Ta kan.' Gaya Aaisyah ke sekolah dipuji cantik macam barbie doll!

Menerusi gambar yang dimuat naik, pastinya yang menjadi tumpuan ramai ialah wajah anak sulung mereka, Yahaira.

Semakin besar, semakin cantik anak dara Yusry dan Lisa.

Bahkan, ramai yang memuji wajah comelnya itu saling tidak tumpah dengan Lisa.

Begitu juga dengan senyuman manis si cilik tersebut persis mummynya.

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan? Sepertimana penampilan si ibu yang serba sederhana, demikian juga Yahaira atau mesra disapa dengan panggilan Yong.

Tetap manis biarpun tampil ringkas dengan jean dan baju-T yang dipadankan dengan topi.

Bahkan, gelagat Yong bersama adik-adiknya yang teruja melihat haiwan di zoo berkenaan turut mencuit hati.

Untuk rekod, Yong dilahirkan pada 15 September 2015 dan kini sudah memasuki usia 8 tahun.

Baca lagi: "Sedia siap-siap baju sekolah, baju raya." Dua perbelanjaan besar tahun depan, ibu bapa kena berhemah dalam berbelanja!

Sumber: Instagram yusryabdhalim

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca