MEMASUKI usia separuh abad, namun penampilan Amy Mastura tetap sama tidak berubah.

Biarpun dua cahaya matanya kini sudah menginjak ke alam remaja, namun pelakon dan juga penyanyi itu seolah-olah tidak dimamah usia.

Terbaharu, pelantun lagu Sha Na Na itu memuat naik satu perkongsian di laman Instagram miliknya.

Baca ni ‘Awal-awal dah nangis.’ Hamil enam bulan & bakal beraya bersama suami, Wany Hasrita luah rasa sedih bakal berjauhan dengan ibu

Beliau berkongsi gambar berserta ucapan sempena hari kelahiran anak keduanya, Adalia Tham.

Cepatnya masa berlalu, tahun ini genap usia Adalia 18 tahun.

Seperti biasa, mereka sekeluarga meraikannya secara sederhana.

Baca ni ‘Hadiah indah daripada anak untuk ibu.’ Anak raih result cemerlang & dapat anugerah, luahan hati Rita undang sebak!

DAPUR PORT BERGAMBAR

Bukan sahaja simple, bahkan port dapur rumah sentiasa jadi pilihan untuk bergambar seisi keluarga. Malah, kapsyen yang ditulis Amy membuatkan ramai terhibur.

“Semalam Adalia dah 18 tahun. Alhamdulillah, masih di dapur yang sama. Mendoakan yang baik-baik buatnya. Amin,” tulis Amy.

Gambar mereka meraih perhatian ramai. Berikut antara komen lucu dan pujian yang diberikan warga maya kepada Amy:

‘Adalia 18 tahun? Nampak macam kak Amy 18 tahun.’

‘Mana satu anak, mana satu mak ni.’

Baca  lagi  Kewajipan isteri & ibu tidak terabai, rupanya air tangan Ezzaty rahsia penambat hati suami

Iklan

‘Mak sentiasa muda. Happy birthday kepada anak Kak Amy. Semoga dipanjangkan umur dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Amin.’

‘Anak dah besar, Amy Mastura masih macam dulu-dulu juga. Awet muda.’

‘Akak, minta dapur baharu ke macam mana ni?’

‘Copy paste muka mak betul dua beradik ni.’

‘Itu ayat kiasan nak dapur baharu ke sis Amy?’

Iklan

Admin memang minat Amy Mastura sejak beliau jadi juara Asia Bagus lagi.

Tetap ramah, ceria dan sentiasa tersenyum. Bila nak ada single lagu lagi?

Sumber: Instagram amymasturalerr

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.