Cantiknya anak ‘papa Megah Holding,’ Salsabil Mustapha Kamal curi tumpuan warganet

A
A
A

BARU berusia 18 tahun, namun kemunculannya di beberapa video laman sosial TikTok bapanya, aktor Mustapha Kamal membuatkan gadis ini mencuri tumpuan ramai.

Salsabil Qur’ani merupakan anak ketiga Mustapha yang popular dengan jolokan ‘Papa Megah Holding,’ hasil perkahwinannya dengan pelakon kacukan Inggeris, Portugis dan Singhalese, Susan Manen.

Baca juga: Warisi Kejelitaan Ibu, Nysa Devgn Buah Hati Kajol Makin Meningkat Dewasa

Baru-baru ini Salsabil berkongsi video bersama bapanya ketika meraikan ulang tahun aktor itu untuk tatapan umum. Menerusi paparan video, gadis itu mengucapkan selamat hari lahir buat bapanya yang tersayang.

“Happiest Belated to my #1 papa @mustaphakamaal. We love you always.”

Menerusi paparan video, Mustapha kelihatan berada di sisinya sambil melayani anak gadisnya itu merakam video di aplikasi TikTok.

@salsabil.qurani Happiest Belated to my #1 papa @mustaphakamaal ♬ habibi - gs

Selain Salsabil, perkahwinan Mustapha Kamal dan Susan Manen dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Sabella Qawiema, 21, Aulia Qayyiem, 19 dan Naqli Qaddiem, 14.

Sehingga kini, video berkenaan menerima lebih 700,000 tontonan.

Rata-rata warga maya sempat berseloroh dengan menggunakan dialog-dialog seperti dalam drama lakonan Mustapha Kamal.

Tidak kurang yang memuji kecantikan gadis itu dan mengaitkan dengan model Kylie Jenner dan pelakon Amerika Syarikat, Zendaya.

Namun apa yang pasti Salsabil mewarisi kejelitaan ibunya, Susan yang merupakan bekas Ratu Cantik Malaysia 1993.

Baca juga: Gara-Gara Adik Palsukan Tanda Tangan, Rumah, Kereta Mewah Irwansyah Disita, Rugi Hampir RM1.5 Juta

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: TikTok @salsabil.qurani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca