BINTANG Bollywood, Kajol sentiasa menjadi perhatian. Bukan saja di India tetapi perkembangannya juga turut diikuti oleh peminat di Malaysia.

Bagi yang ramai tak tahu, pelakon Kuch Kuch Hota Hai dan Kabhi Khushi Kabhie Gham itu dikurniakan dua cahaya mata bersama Ajay Devgn.

Yang paling menjadi perhatian adalah anak gadisnya, Nysa Devgn. Memang cantik dan tinggi lampai orangnya, jelita persis Kajol pada zaman kegemilangan.

Baru-baru ini Kajol berkongsi gambar throwback bersama Nysa di Instagram.

Baca juga: Ke mana tumpahnya kuah? Irfan, Ikhsan, Ilhan ikut jejak langkah Fandi Ahmad jadi bintang bola sepak

Duo ibu dan anak perempuan itu dilihat seolah-olah kembar berpakaian serba putih ketika Kajol berkata bahawa dia merindui Nysa.

Kajol ketika itu sedang bercuti di Rusia bersama anaknya Yug dan saudara-mara mereka.

Tanpa disedari, Nysa makin meningkat remaja dan baru saja meraikan ulang tahunnya yang ke 18 tahun pada 20 April lalu.

Nysa terdahulu bersekolah di Mumbai Dhirubhai Ambani International School kini melanjutkan pelajaran di di United College of Southeast Asia di Singapura sejak awal 2018.

Dia mengikut jejak Kajol dengan memilih untuk belajar di sekolah berasrama penuh.

Apa yang pasti, kecantikan Nysa jelas kelihatan dan mungkin dia akan mengikut jejak langkah ibu bapanya untuk bergelar selebriti Bollywood.

Baru-baru ini si manis itu tidak ketinggalan tampil menari lagu-lagu soundtrack dari filem Kuch Kuch Hota hai yang dibintangi ibunya. Antaranya ialah ‘Bole Chudiyan.’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nysa devgan ♡ (@nysadevganx)

Biarpun dirinya bintang terkenal, Kajol jarang berkongsi tentang buah hatinya itu kepada umum. Apatah lagi perihal rumah tangga dan anak-anak.

Pun begitu, akhir-akhir ini dia sering menampilkan Nysa dalam laman sosialnya.

Kasihnya seorang ibu, Kajol menzahirkan kasih sayang menerusi ucapan hari lahir Nysa baru-baru ini.

Nota indah itu turut menyebut tentang genta rasa keibuannya saat melahirkan puteri sulung.

“Ibu sangat gementar apabila kamu dilahirkan. Ia adalah permulaan kepada peperiksaan terbesar dalam hidup ibu. Kemudian ketika kamu berumur 10 tahun, ibu menyedari bahawa ibu adalah seorang guru.

“Tapi pada kebanyakan masa ibu adalah seorang pelajar yang mempelajari cara baharu untuk melakukan sesuatu (dalam mendidik dan membesarkan).

“Dan sekarang kita sampai ke hari ini. Akhirnya ibu boleh katakan ibu lulus dengan cemerlang,” titip Kajol.

Baca juga:  Sambut hari kelahiran ke-56, Shah Rukh Khan bawa keluarga ke Alibaug

Dia juga mengucapkan tahniah kepada dirinya kerana dapat membentuk Nysa menjadi wanita yang baik.

“Kamu adalah apa yang kita semua katakan wanita harus begitu terbang tinggi sayang.

“Ibu harap kamu tidak mememalapkan ‘sinaran’ untuk sesiapa pun.

“Selamat menempuhi alam kedewasaan, ibu akan sentiasa ada untuk kamu sayang.

“Kamu mempunyai pelbagai kuasa jadi gunakan untuk kebaikan,” tulis Kajol buat buah hatinya.

Benarlah kata orang, anak perempuan apabila semakin meningkat remaja akan menjadi teman baik ibu.

Kajol juga pernah berkongsi gambar dan video dengan Nysa. Duo ibu dan anak itu bercakap tentang ikatan mereka tahun lalu, melalui video bertajuk ‘Pita Kuarantin.’

Menerusinya Nysa meluahkan ibunya hebat dan terdapat persamaan antara mereka.

“Saya dan ibu saya sebenarnya sama.

“Dia jauh lebih ‘chill’ daripada yang pernah dia akui. Saya tahu kami berdua benar-benar lantang dan kami berdua tidak mempunyai penapis.

“Kami agak santai tentang pendapat orang dan pendapat mereka tentang kami,” kata Nisa.

Kajol mula berkenalan dengan aktor Ajay Devgn pada 1994, di lokasi penggambaran filem Gundaraj. Mereka kemudiannya mendirikan rumah tangga pada 24 Februari 1999.

Hasil perkongsian hidup selama 22 tahun, Kajol dan Ajay dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nysa dan adiknya, Yug Devgn, 11.

Baca juga:  Tak Sabar Menanti, Ronaldo Bakal Dapat Anak Kembar Lagi

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Hindustan Times, Indian Express