“INI memang gila! Selama ini saya fikir perubahan emosi atau baran adalah disebabkan masalah anxiety (keresahan) atau tekanan.”

Itu luahan penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menerusi video di InstaStory miliknya.

Penyanyi berusia 33 tahun itu turut mengakui perubahan emosi termasuk panas baran yang dialaminya selama ini adalah berpunca daripada penyakit hipertiroid.

Katanya, apa berlaku selama ini disebabkan hipertiroid dan dirinya reda akhirnya mendapat tahu apa sebenar yang dihidapinya.

Kata selebriti yang popular dengan tagline Bang! Bang! itu, dia terima kenyataan dengan takdir hidupnya, namun perlu kuat untuk bangkit.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

“Insya-ALLAH, saya akan hadapi semua ini dengan baik dan tidak sabar untuk kembali sembuh seperti sedia kala.

“Saya ingin bekerja seperti biasa kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan. Saya jatuh (rugi) teruk, namun berharap akan dapat terus bangkit,” ujarnya.

Dalam pada itu juga dirinya turut akur apabila doktor menyarakankan agar dirinya berehat di hospital selama seminggu.

Iklan

Baca juga Nadia Annuar ganti Uyaina Arshad kendalikan Pencarian Nona Superwoman

Isnin lalu, penulis lagu itu dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di ibu negara. Dia memaklumkan doktor mengesahkan dia mengalami tanda awal hyperthyroidism iaitu kelenjar tiroid yang terlalu aktif menghasilkan lebih hormon dan metabolisme meningkat.

Caprice mula menjadi perhatian ramai atas banyak isu termasuk soal keselamatan dan perang dinginnya bersama seorang pendakwah rentetan misi kemanusiaan di Gaza beberapa bulan lalu.