Tengok momen anak lahir - Cef Naem insaf

Cef Naem - SinarPlus
Cef Naem - SinarPlus
A
A
A

CEF selebriti, Naem menimang cahaya mata sulung apabila isterinya, Nurul Syazwani Zulkaffli, selamat melahirkan bayi perempuan dengan berat 3.5 kilogram secara normal di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur jam 4.10 petang Jumaat.

Naem atau nama penuhnya Muhammad Naim Ramli, 29, yang berkongsi berita gembira tersebut menerusi Instagram Story miliknya petang tadi turut menzahirkan rasa terima kasihnya buat semua yang menitipkan doa buat dirinya dan isteri.

“Alhamdulillah bayi perempuan selamat lahir pada jam 4.10pm tadi. Terima kasih atas doa kalian,” tulisnya.

Bagaimanapun, Naem belum bersedia berkongsi wajah permata hatinya itu sepenuhnya.

Berkongsi pengalamannya menanti kelahiran cahaya matanya itu, Naem mengakui ia menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan.

“Saya tengok proses bayi lahir, satu momen yang tak dapat saya lupakan.

“Hampir nak muntah pitam pun ada. Tapi ia jadi seronok sebab tak pernah lalui pengalaman ini. Biasanya tengok di TV dan dengar cerita orang sahaja.

“Bila lalui sendiri, terasa insaf dan taubat. Timbul perasaan aku dah jadi bapa dan kena berubah kerana memikul satu tanggungjawab baharu,” ujarnya.

Menyentuh tentang nama yang bakal diberikan kepada cahaya matanya itu, kata Naem, buat masa ini dia masih dalam proses untuk memilih nama yang sesuai.

“Insya-ALLAH nama yang mudah sahaja dan tidak panjang,” katanya.

Naem dan isteri diijabkabulkan pada 10 Ogos 2018 di Jempol, Negeri Sembilan.

 

(FOTO: Instagram Cef Naem)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca