Ceria Popstar kembali, ini senarai 10 peserta musim kelima

A
A
A

PROGRAM realiti bakat nyanyian kegemaran ramai, Ceria Popstar kembali bersiaran untuk musim kelima bermula 9 Jun ini.

Disiarkan pada setiap Rabu jam 9 malam mulai 9 Jun ini, seramai 10 peserta bakal beradu tenaga mempersembahkan kehebatan bakat nyanyian masing-masing seterusnya merebut gelaran terulung, Juara Ceria Popstar 2021 dan membawa pulang hadiah kemenangan berbentuk wang tunai.

Juara musim ini akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Pemenang tempat kedua, ketiga dan keempat pula masing-masing akan memenangi RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 berserta trofi.

Ini senarai 10 peserta Ceria Popstar musim kelima :

  • Nama Penuh: Baiq Nurhani Balqis Murtam
  • Nama Pentas : Balqis
  • Asal : Kuantan, Pahang
  • Umur : 12 Tahun

  • Nama Penuh: Fathin Nur Insyeerah Damia Mohamad Khalil
  • Nama Pentas : Damia
  • Asal : Taiping, Perak
  • Umur : 15 Tahun
  • Lagu Hit : Pasrah (10M views)

  • Nama Penuh: Raja Dayana Umayma  Raja Muhammad
  • Nama Pentas : Dayana
  • Asal : Ipoh, Perak
  • Umur : 11 Tahun

  • Nama Penuh: Dania Zafirah Sulaiman
  • Nama Pentas : Dinda
  • Asal : Sepang, Selangor
  • Umur : 16 Tahun

  • Nama Penuh: Nur Zuleikha Qaisara Mohamad Nizam
  • Nama Pentas : Keka
  • Asal : Putrajaya
  • Umur : 15 tahun

  • Nama Penuh: Marsya Qistina Mohamed Shahrin
  • Nama Pentas : Marsya
  • Asal : Klang Selangor
  • Umur : 18 Tahun

  • Nama Penuh : Ariff Hilmy Mohammad Amir
  • Nama Pentas : Ariff
  • Asal : Klang, Selangor
  • Umur : 16 Tahun

  • Nama Penuh: Armand Ezra Ezal
  • Nama Pentas : Armand
  • Asal : Kuala Lumpur
  • Umur : 15 Tahun

  • Nama Penuh: Muhammad Rafieaziman Razani
  • Nama Pentas : Iman boy
  • Asal : Petaling Jaya, Selangor
  • Umur : 13 Tahun
  • Kareer : Pelajar

  • Nama Penuh: Syabil Az-Zafran Zahari
  • Nama Pentas : Syabil
  • Asal : Cheras, Kuala Lumpur
  • Umur : 13 Tahun

Tambah menarik, Ceria Popstar musim ini tampil lebih hebat dan unik apabila menyuntik elemen kolaboratif mega dengan program-program terhebat terbitan Astro seperti Maharaja Lawak Mega dan Gegar Vaganza.

Dihoskan oleh penyampai radio ERA, Danial Zaini bersama penyanyi, pelakon dan pengacara serba boleh, Shiha Zikir, Ceria Popstar turut membariskan nama-nama hebat sebagai tonggak utama di sebalik produksi besarnya.

Buat julung-julung kalinya pengacara, pelakon dan pengarah versatil, Nabil Ahmad tidak lagi mengacarakan program ini, malahan kini beliau berada di posisi juri tetap bersama Datuk AC Mizal, Elly Mazlein dan Ernie Zakri.

Tugasan guru vokal pula dipertanggungjawabkan kepada penyanyi dan komposer Hael Husaini dan Juara Gegar Vaganza musim kelima, Noryn Aziz.

Sentuhan Gegar Vaganza terus diperlihatkan lagi dalam Ceria Popstar apabila dua juara (musim kedua dan musim keenam) iaitu Siti Nordiana dan Naqiu diberi kepercayaan untuk bertindak sebagai inspirer atau idola inspirasi kepada bakat-bakat yang terpilih.

Dalam pada itu, penyanyi MimiFly ditugaskan sebagai guru koreografer untuk membantu dari aspek gerak tari peserta.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca