Cinta 'terkandas', 5 minggu jalin hubungan, Lee Jae Wook dan Karina Aespa kini putus

Copy of Copy of gambar portal_20240403_063122_0000
Copy of Copy of gambar portal_20240403_063122_0000
A
A
A

 

SATU lagi pasangan popular Korea Selatan iaitu Lee Jae Wook dan Karina Aespa  mengumumkan perpisahan pada Selasa.

Jae Wook dan Karina menamatkan hubungan percintaan selepas lima minggu mendedahkan hubungan mereka.

Sumber dari agensi aktor itu, C-JeS mengesahkan berita berkenaan.

"Jae Wook memutuskan perpisahan itu untuk memberi tumpuan kepada projek yang sedang dirakamnya.

"Kedua-duanya membuat keputusan untuk kekal sebagai rakan sekerja yang menyokong satu sama lain.

"Tolong berikan sokongan yang hangat kepada mereka," katanya.

Sementara itu, sumber Karina dari SM Entertainment turut mengesahkan namun tidak menyatakan punca perpisahan tersebut.

Pada 27 Februari lalu, Jae Wook dan Karina mengesahkan hubungan mereka.

kedua-dua bintang berkenaan bertemu buat pertama kali di pertunjukan fesyen Prada di Milan pada 14 Januari lalu.

Hubungan percintaan mereka mulai hangat apabila dilihat sering menghabiskan waktu bersama di Seoul, Milan, dan Itali.

Sumber : Soompi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca