Corat-coret AME2020 : Dari depan pentas hingga bilik sidang media

A
A
A

ANUGERAH MeleTOP Era 2020 (AME2020) yang berlangsung di Putrajaya International Covention Centre (PICC) telah pun melabuhkan tirai dengan jayanya, pada Ahad malam.

Bertemakan ‘Yang Epik, Yang Legend’, AME2020 menyaksikan gandingan pengacara Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Zizan Razak.

Pengacara AME2020

Kali ini, kami tampilkan antara kisah menarik dalam corat-coret AME2020 :

1.Semua tetamu termasuk kru dan media diminta untuk mengisi borang pengesahan kesihatan dan mengikuti Prosuder Operasi Standard (SOP) seperti pemeriksaan suhu dan mengimbas MySejahtera sebelum dibenarkan masuk ke dewan.

2. Tidak seperti penganjuran AME sebelum ini, jumlah artis dan peminat yang dibenarkan masuk ke dalam hall dihadkan dan kerusi juga dijarakkan mengikut SOP.

Kemunculan pertama Alif Satar di majlis rasmi. Alif beritahu dia sudah sihat dan orang sekeliling tidak perlu bimbang untuk berada dekatnya.

3. AME2020 menjadi majlis rasmi pertama yang dihadiri oleh Alif Satar selepas pulih daripada Covid-19. Menurut Alif, orang sekeliling tidak perlu bimbang untuk berada dekat dengannya kerana dia tidak mungkin dijangkiti virus itu lagi.

4. Persembahan pada malam AME2020 menarik perhatian sejak awal lagi. Ternyata pemilihan bakat-bakat baru seperti Floor88, Yonnyboii dan Zynakal; K-Clique dan Dolla serta gandingan mantap Ernie Zakri dan Aina Abdul menarik perhatian ramai. Tidak ketinggalan, persembahan mantap Anuar Zain dan Misha Omar.

Persembahan gandingan dua penyanyi berbakat besar, Ernie Zakri dan Aina Abdul antara yang paling menjadi perhatian malam itu.

5. Di bilik sidang media, ketika semua media sibuk selepas menemu bual Ben Amir dan Michael Ang, kami dikejutkan dengan lamaran Kamal Adli dan Uqasha. So sweet….

Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung di AME2020. Sampaikan orang lain pula tak senang duduk lihat momen romantis itu.

6. Michael Ang seperti biasa sempat bergurau apabila diusik media mengenai ‘persengketaan’nya dengan kak Ani. Mike kata, dia dan kak Ani ok je….

Michael dan Noraniza memberitahu mereka tidak berdendam dan saling memaafkan antara satu sama lain.

7. Di sebalik lamaran Kamal dan Uqasha, dua aktor yang pernah dikaitkan rapat dengan Uqasha sebelum ini iaitu Syafiq Kyle dan Ben Amir sempat menjadi perhatian. Namun kedua-duanya sporting dan turut sama mendoakan yang terbaik untuk pasangan itu.

8. Ben Amir disamakan dengan Yoongi BTS setelah menggayakan outfit serupa dengan bintang K-pop itu. Outfit mereka itu sebenarnya daripada Louis Vuitton.

9. Siti Nordiana membawa pulang paling banyak anugerah iaitu empat trofi. Manakala Syafiq membawa pulang dua anugerah untuk kategori sama seperti dimenanginya tahun lalu.

Siti Nordiana dan Syafiq Kyle bersama anugerah masing-masing.

10. Kalau korang nak tahu, trofi AME2020 yang diterima setiap pemenang adalah seberat lima kilogram (kg). Bukan biasa-biasa tau…

 

FOTO : ASTRO

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca