Covid-19 sangat mudah dijangkiti, kini anggota kumpulan Alif Satar pula disahkan positif

A
A
A

COVID-19 ini tak mengenal siapa. Tidak kira muda atau tua, lelaki atau perempuan, dewasa atau bayi. Tidak juga ia memilih warna kulit apatah lagi kaum.

Siapa sahaja mampu dijangkiti dan selebriti tempatan, pelakon dan pengacara popular, Alif Satar juga baru-baru ini memaklumkan beliau disahkan positif wabak pembunuh tersebut.

Ekoran pengumuman Alif terhadap penyakit yang kini sedang dijangkiti, kenalan rapat, ahli keluarga dan rakan-rakan artis juga dilihat telah membuat ujian saringan Covid-19 seperti yang diminta oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Alif satar

Menurut Alif, dia memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan mendoakan semua dijauhkan daripada sebarang kemudaratan.

“Saya telah memberi nama kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kontak rapat yang saya kenal pasti dalam tempoh 14 hari.

“Saya mohon maaf atas segala kesulitan ini dan saya mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah SWT.

“Saya juga doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan,” katanya yang kini sedang menjalani proses kuarantin di sebuah pusat perubatan,” katanya.

Terbaharu, salah seorang anggota kumpulan Alif & The Locos yang membuat persembahan bersama Alif Satar pada Jumaat lalu turut disahkan positif Covid-19 hari ini.

Berkongsi perkara ini di laman Instagram miliknya, Rajwan yang juga pemain drum kumpulan itu memberitahu dia hanya tahu dijangkiti Covid-19 selepas membuat ujian calitan kali kedua pada 23 November lalu.

“Salam teman-teman semua.. Buat pengetahuan semua, semalam pada 23hb saya telah membuat swab test kali kedua.

“Dan pada pagi tadi (semalam) pihak hospital telah mengesahkan saya positif Covid-19. Saya memohon doa dari teman-teman semua agar diberikan kesembuhan,” tulisnya.

Ahad lalu penyanyi Alif telah disahkan positif Covid-19. Melalui itu kesemua artis dan krew yang terlibat pada Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) pada Jumaat lalu turut melakukan ujian saringan Covid-19.

Sementara itu ketika ini ruangan komen Instagram Rajman turut mendapat perhatian ramai selebriti yang mendoakan dirinya.

Justeru, kepada semua rakyat Malaysia agar terus menjaga kesihatan dan kekal berada di rumah jika tiada sebarang urusan penting yang dingin dibuat memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih belum berakhir di beberapa kawasan.

Jika balik daripada membeli barang keperluan atau ke tempat kerja, pastikan terus basuh tangan dengan sabun sebelum sentuh anak.

Tukar semua pakaian dan mandi. Bimbang secara tak sedar kita sebenarnya sedang membawa virus ini dari luar.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca