PELAKON asal Uzbekistan, Daler Yusuf, memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat neneknya yang kini sedang kritikal akibat jangkitan Covid-19.

Menurut Daler atau nama penuhnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 28, neneknya yang kini dirawat di sebuah hospital di Uzbekistan mengalami jangkitam teruk pada paru-paru dan kini dalam keadaan koma.

“Assalamualaikum semua, nenek saya positif Covid-19 dan dia kini dalam keadaan kritikal di Uzbekistan.

“Dia kini dalam keadaan koma dan doktor memamlumkan paru-parunya dalam keadaan teruk,” luahnya di laman Instagram hari ini.

Dalam perkongsian yang sama, pelakon drama Titian Cinta juga turut berkongsi foto bersama neneknya ketika berada di Uzbekistan.

“Saya tak tahu nak buat mcm mana. Tolong doakan untuk nenek saya,” katanya yang tidak dapat pulang ke Uzbekistan kerana penularan Covid-19.

Iklan

Rata-rata peminat dan pengikutnya di laman Instagram meluahkan rasa simpati di samping memberikan kata-kata semangat buatnya agar terus tabah berdepan ujian.

Iklan

 

(SUMBER/FOTO: Instagram Daler Yusuf)