‘Cukup-cukuplah isu dadah dalam industri seni…’ – Pekin Ibrahim
“Cukup-cukuplah isu dadah dalam industri seni…” Itu pinta pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim yang berharap isu penyalahgunaan dadah tidak diperbesarkan bagi mengelak memberi impak negatif terhadap industri seni.
Jelas Pekin, isu penyalahgunaan dadah bukan perkara baharu dalam industri seni dan ada perkara yang lebih besar perlu diberi perhatian.
“Isu dadah ini sudah didengari sejak era 1980-an lagi. Bila ada artis kantoi ambil dadah, terus kecoh satu Malaysia.
“Isu bukan baru, kita masing-masing sendiri mahu ingat.
“Ramai saja penagih dadah di luar sana tapi penggiat seni juga yang jadi perhatian ramai," ujarnya ketika ditemui pada sidang media drama terbaharu lakonannya, Keluarga Untuk Disewa yang diadakan secara virtual pada Selasa.
Pekin berkata, apa yang lebih mengecewakan apabila ada dalam kalangan mereka yang lantang berkata-kata berkaitan isu ini turut mengambil bahan terlarang berkenaan.
“Pasal dadah, tak perlu nak pura-pura lagi, kadang-kadang yang mengulas tu sendiri pun sama ambil dadah.
"Lebih baik kita fokus jaga diri ikut prosedur operasi standard (SOP), jaga diri dan keluarga agar jangan dijangkiti Covid-19.
“Berikan mereka yang terbabit peluang kedua. Ini hanya pandangan peribadi saya sahaja,” jelasnya.
Terdahulu, pelakon Niezam Zaidi; pengarah, Mohd Latif Zami dan penolong pengarah, Saiful Zaidrin mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang