CEF selebriti terkenal Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Cef Wan mendedahkan telah menerima pelbagai berita palsu berkaitan anaknya, Serina, termasuk dakwaan kononnya terlibat dengan kartle dadah.

Menerusi satu hantaran yang dilakukan di laman Instagram miliknya hari ini, Cef Wan, berkata, dia mula menerima berita palsu tersebut lebih sebulan lalu oleh individu yang tidak dikenali.

“Seminggu ini saya terima macam-macam berita palsu berunsur fitnah konon Rina (Serina) terlibat dengan gang kartel dadah, siap dengan gambar-gambar polis dan segala ceritanya.

“Jujurnya saya terima (berita palsu) lebih sebulan lalu daripada individu yang tidak dikenali.

“Kononnya polis, tapi nak saya rahsiakan telefonnya daripada Rina,” katanya.

Menurut Cef Wan, Serina telahpun membuat laporan polis berkenaan fitnah tersebut dan turut memuat naik salinan laporan tersebut dalam perkongsian sama.

“Dia dah buat laporan polis. Jika betul, dah lama berita ini keluar dalam surat khabar.

Tambahnya lagi, Serina sebenarnya tahun siapa yang terlibat menyebarkan fitnah tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang.

Iklan

Justeru Cef Wan menggesa akan individu terbabit berhenti daripada terus menghantar berita palsu berkenaan.

“Saya harap (laporan polis) itu boleh menutup mulut dan kebodohan mereka menyebarkan berita palsu dengan menggunakan foto-foto lama yang diambil daripada sosial media.

“Cukup-cukuplah menambahkan dosa bulan Ramadan ini,” katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Cef Wan turut meluahkan rasa kesal apabila ada golongan yang mengutuk dan mencaci apabila seseorang cuba menjalankan tanggungjawab sebagai manusia dengan jalan yang betul serta menegakkan kebenaran.

“Binatang itu ada kalanya lebih pandai membezakan pebuatan yang baik dan yang buruk. Jika nak berdendam dan kianat pun takkan sampai ke situ,” tegasnya.