Curang dengan isteri, Ayus Sabyan mohon maaf

February 26, 2021
Oleh Aqmar Mustaza

PEMAIN keyboard kumpulan Sabyan Gambus, Ayus membuat permohonan maaf selepas didakwa berlaku curang terhadap isterinya.

Ayus menerusi video yang dimuat naik di saluran Youtube berkata, dia memohon maaf terhadap isterinya, keluarga dan anggota Sabyan Gambus yang tidak selesa dengan kesilapan yang telah dilakukannya.

“Saya dengan penuh kesedaran dan ketelusan ingin memohon maaf kepada isteri, keluarga dan anggota Sabyan Gambus.

“Mohon doakan semoga saya menjadi lebih baik lagi pada masa depan,” ujarnya.

Iklan

Terdahulu adik ipar Ayus mendedahkan lelaki itu telah curang dan menjalinkan hubungan sulit dengan penyanyi kumpulan Sabyan, Nissa.

Iklan
Ayus dan Nissa dikatakan sudah menjalinkan hubungan cinta sejak dua tahun lalu.

Lebih mengejutkan hubungan itu sudah terjalin secara rahsia sejak dua tahun lalu dan rumah tangga Ayus juga bermasalah sehingga mendorong isteri Ayus, Ririe Fairus memfailkan perceraian.

Ayus dan Nissa juga didakwa sudah bernikah secara rahsia, namun sehingga kini kedua-duanya tidak mengiyakan atau menafikan desas-desus itu.

Nissa juga sebelum ini sudah memohon maaf atas ketelanjuran yang dilakukan.

About Aqmar Mustaza