“Dah tahu Sabah ada kes kenapa pergi juga...” - Jawapan Nizam Laksamana buat ramai terkedu

A
A
A

PENYANYI Nizam Laksamana mengakui beliau telah ke Sabah sebelum pilihan raya lalu atas urusan kerjanya sebagai penyanyi. Sekembalinya dia ke Semenanjung, Nizam telah menjalani kuarantin di rumahnya.

Namun terdapat suara-suara yang kurang manis didengar berbunyi; “Dah tahu sana ada kes kenapa pergi juga?” Jawapan Nizam ini akan buat ramai terkedu.

Jelas Nizam, “23hb saya ke Sabah atas urusan kerja hakiki. Saya dengar ada kes di sana namun belum lagi PKPDB. Selama saya di sana saya cukup jaga SOP. Sentiasa memakai mask, periksa suhu badan, sentiasa sanitize tangan, mandi kerap dan saya jaga penjarakan.

“Tiap kali selesai nyanyi saya terus balik ke hotel dan terus mandi. Ke mana-mana pun saya akan ambil bacaan suhu badan. Selama saya di sana bacaan suhu tidak pernah melebihi 36.7,” tulisnya di Facebook.

Menceritakan pengalaman lanjut; “Semalam balik Kuala Lumpur dari Kota Kinabalu, sampai KLIA2 jam 12:10 malam semua penumpang diarah masuk ke tempat menunggu untuk saringan Covid 19.

“Dah tahu Sabah ada kes kenapa pergi juga...” - Jawapan Nizam Laksamana buat ramai terkedu

“Sebaik azan subuh berkumandang (kiralah berapa lama kami menunggu) barulah dapat buat saringan. Sampel diambil menerusi tekak dan hidung. Kami diberi penerangan proses kuarantin di rumah dan kami diberi pakai gelang pink untuk tempoh 14 hari. Bermakna tidak boleh keluar rumah selama tempoh itu.

“Jika keputusan saringan pertama negatif maka kena buat lagi saringan ke dua di klinik berhampiran. Kiranya keputusan negatif untuk saringan kedua itu barulah sah negatif Covid-19.

“Tetapi kiranya keputusan positif maka bersedialah untuk ambulan datang ke rumah dan akan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Begitulah prosesnya,” katanya.

Tambah Nizam, sesampai dia di rumah, isterinya sudah menyediakan bilik kuarantin khas untuknya kerana menurut pihak KKM, dia mesti memastikan agar tiada sebarang sentuhan selama kuarantin di rumah dan mesti memakai mask.

“Makanya sekarang saya sedang bermula proses kuarantin di rumah (sama je macam menteri-menteri yang kena kuarantin tu). Saya telah laksanakan kewajipan saya untuk menjaga orang-orang tersayang dan kawan-kawan yang di luar sana kerana saya ada rasa tanggungjawab.

“Saya berdoa agar semua keputusan yang bakal saya terima nanti negatif. Namun jika sebaliknya, saya reda untuk dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Setakat dari tarikh 23hb hingga ke tarikh 28hb ini alhamdulillah saya sihat dan harap sihat ini berterusan insyaAllah.

“Namun pada yang marah-marah dan bertanya 'dah tahu sana ada kes kenapa pergi juga...ini jawapan ikhlas saya :

“Atas meja saya perlu pastikan ada makanan kerana saya tidak mahu meminta-minta. InsyaAllah, Allah tahu niat saya,” tulis Nizam memberi jawapan terhadap persoalan tersebut.

Jawapan Nizam ini telah menarik perhatian ramai termasuk daripada kalangan artis yang turut memberi semangat pada Nizam.

Bagi yang lambat faham, Nizam ke Sabah adalah untuk memenuhi undangan menyanyi yang telah dipersetujui.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca