SELEPAS tuduhan demi tuduhan disabitkan ke atas pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, akhirnya hari ini dia bebas.

Da’i Syed dibebaskan selepas dia melunaskan bayaran ikat jamin berjumlah RM35,000 di Mahkamah Shah Alam dan Mahkamah Petaling Jaya.

Memetik laporan portal media tempatan, Peguam bela selebriti itu, Syed Amirul Syed Edros berkata, bayaran ikat jamin anak guamnya dilunaskan oleh abangnya, Syed Shah Iqram dan pengurusnya, Mohd Aizat Jaafar.

Menurut peguam, anak guamnya ditahan disebabkan kegagalan untuk membayar ikat jamin selepas didakwa di kedua-dua mahkamah berkenaan pada 10 Disember lepas menyebabkan dia ditahan di Pusat Tahanan Reman Sementara, Beranang.

"Urusan di Mahkamah Shah Alam selesai kira-kira pukul 11 pagi tadi dan kemudian dia (Syed Shah Iqmal) dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya bagi urusan di situ pula," katanya

Terdahulu, pendakwah muda berumur 25 tahun itu juga ada membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Twitter, @ainunnnajwa yang didakwa memfitnahnya merogol seorang gadis.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor sekitar jam 5.45 petang Selasa, susulan pemilik akaun berkenaan mendakwa rakannya mengalami trauma selepas menjadi mangsa rogol pendakwah itu.

Iklan

Da’i Syed ingin berehat sementara, waktu lepas rindu bersama keluarga selepas 18 hari direman

Kesal dengan tuduhan berkenaan, Syed berkata, laporan polis itu dibuat untuk membersihkan nama baiknya, selain melindungi dirinya daripada dikaitkan dengan dakwaan tidak berasas itu.

Iklan

Namun, pada 10 Disember lepas, Da’i Syed pula didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul kehormatan di Mahkamah Petaling Jaya dan pada hari yang sama di Mahkamah Shah Alam pula dia menghadapi tuduhan merogol seorang wanita.

Da’i Syed ingin berehat sementara, waktu lepas rindu bersama keluarga selepas 18 hari direman

Di Mahkamah Petaling Jaya, dia dikenakan ikat jamin RM25,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan tarikh 19 Feb ditetapkan untuk sebutan semula kes, manakala di Mahkamah Shah Alam dia dikenakan ikat jamin RM10,000 dan sebutan semula kes pada tarikh 25 Januari tahun hadapan.

Sementara itu, Da’i Syed ketika ditemui pemberita selepas selesai urusan di Mahkamah Petaling Jaya berkata, dia reda dengan ketentuan berkenaan dan menyerahkan hal seterusnya kepada mahkamah.

Katanya buat masa ini, dia akan berehat sementara waktu dan melepaskan rindu bersama keluarga selepas direman selama 18 hari.

"Saya juga perlukan sedikit ruang untuk mengubat jiwa, mental dan kesedihan saya," katanya.