Daiyan Trisha hadiahkan kereta mewah untuk ibu bapa

Daiyan Trisha
Daiyan Trisha
A
A
A

PELAKON dan penyanyi, Daiyan Trisha meluahkan rasa syukur apabila impiannya menghadiahkan sebuah kereta buat kedua ibu bapanya, tercapai pada Sabtu.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Daiyan, 28, berkata, hadiah kereta jenama Mercedes Benz itu merupakan kejutan sempena ulang tahun perkahwinan ibu dan bapanya pada November tahun lalu.

“Salah satu impian saya memang nak belikan kereta untuk ibu bapa saya dalam tempoh dua-tiga tahun akan datang.

“Alhamdulillah di sebalik pandemik Covid-19 yang melanda tahun lalu, Allah kurniakan pelbagai rezeki pada saya.

“Jadi saya fikir, buat apa tangguhkan kalau untuk ibu bapa. Inilah masa terbaik buat mereka gembira kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku akan datang,” katanya.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan, Daiyan menyerahkan kunci kereta tersebut sekali gus menyaksikan reaksi kedua ibu bapanya yang terharu dengan kejutan tidak disangka itu.

“Alhamdulillah dah sampai kat tangan papa dan mummy. Peluk ibu bapa anda, tunjukkan anda sayang mereka dan buat apa sahaja yang mampu untuk untuk balas jasa mereka.

“Takkan pernah cukup, tapi sekurang-kurangnya, kita cuba,” katanya.

 

(FOTO: Instagram Daiyan Trisha)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca