Dalam proses berpurdah, Yatt Hamzah mohon doa kekal istiqomah

A
A
A

PENGHIJRAHAN pengacara dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor untuk mengenakan niqab ternyata memberi impak positif di kalangan rakan selebriti yang lain.

Kini, pengacara dan aktivis kemanusiaan, Yatt Hamzah mengakui dalam proses untuk tampil berpurdah.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah memberitahu keinginan untuk berniqab atau sekurang-kurangnya berpurdah sudah timbul sejak sekian lama, namun belum ada kekuatan.

“Saya pernah post gambar berpurdah beberapa minggu sebelum keguguran. Masa itu memang teringin sangat untuk berniqab atau sekurang-kurangnya berpurdah. Tapi tak kuat lagi.

“Sungguh-sungguh teringin. Wallahi teringin sampai menangis beritahu suami.

“Lihat sahabat-sahabat di sekeliling sudah mulakan dulu. Diri jadi teruja. Masya-ALLAH,  kuatnya mereka. Jadi inspirasi dan motivasi buat diri ini.

“Mohon doakan Bonda bernama Haryati binti Hamzah ini dan semua wanita lain yang sedang bergelut untuk menjadi lebih baik diberikan kekuatan dalam perjuangan (mujahadah) ini,” tulisnya.

YATT HAMZAHYatt memberitahu sudah perlahan-lahan berpurdah ketika PKP lalu, namun masih mengumpul kekuatan untuk berpurdah sepenuhnya.

Sementara itu, dalam temu bual bersama Harian Metro, Yatt memberitahu sudah mula memakai purdah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

"Saya dah mula pakai purdah sejak PKP lagi dan ketika PKPP, saya pakai hampir setiap hari ketika menghantar dan mengambil anak dari sekolah.

“Sebelum ini, saya pakai pelitup mulut dan hidung. Tapi, apabila fikirkan semula, baik saya berpurdah saja sebab lebih selesa. Jadi, saya mula perlahan-lahan," jelasnya yang turut mendapat sokongan daripada suami tercinta.

Yatt juga mengharapkan supaya orang ramai mendoakan dirinya terus istiqomah.

"Saya pun masih belajar dan perlu banyak beristiqomah. Saya tak tahu sama ada saya kuat atau tidak untuk terus memakai purdah.

“Saya kongsikan gambar di Instagram sebelum ini bukan untuk menunjuk, sebaliknya mengharapkan doa daripada keluarga, rakan-rakan dan pengikut Instagram saya," katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca