‘Damailah Mama di syurga…’ – Ibu Radin meninggal dunia

Untitled design (43)
Untitled design (43)
A
A
A

IBU kepada penyampai radio Era, Radin menghembuskan nafas terakhirnya, pada pagi Khamis.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Radin melalui hantaran di laman rasmi Instagram miliknya.

Menurut Radin, ibunya, Allahyarham Feridah Hashim, 67, meninggal dunia pada jam 9.25 pagi di Ipoh, Perak.

“Assalamualaikum wbt... Dimaklumkan bahawa bonda saya, Allahyarhamah Feridah Binti Hashim telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi jam 9.25 pagi, 18 Februari 2021 bersamaan 6 Rejab 1442H,” kongsinya menerusi Instagram miliknya.

Difahamkan jenazah Allahyarham Feridah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Meru, Ipoh selepas Asar ini.

Menerusi temubual bersama media sebelum ini, Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, 31, memaklumkan ibunya sudah lama menderita masalah paru-paru berair dan bergantung kepada tong oksigen untuk bernafas.

Bapa Radin, Ahmad Aruani sudah meninggal dunia pada tahun 2010.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca