‘Damian, Shah…. bukan lagi ahli V.E’ - Kumpulan VE kini tinggal berempat

A
A
A

KUMPULAN R&B popular, VE (Voices Of Euphonious) memaklumkan anggota kumpulan tersebut kini tinggal berempat selepas penggunduran secara rasmi Damian Mikhail (Damian) dan Shahrin Amir Mohd. Shaharudin (Shah).

Maka dengan itu anggota VE yang tinggal adalah Abdul Mutalib Nahar (Adeep), Charma Adizalilullah Abdul Khalil (Cham), Luqman Hakim Ahamed Shaker (Hakim) dan Zafri Nazarudin (Zaf).

Damian (kiri) dan Shah tidak lagi bersama VE.

Berita mengejutkan itu diumumkan menerusi satu perkongsian di laman Instagram (IG) kumpulan itu.

“Notice: Akaun ini bukan lagi official IG untuk V.E 2021. Damian dan Shah dengan rasminya telah mengundur diri dan bukan lagi ahli V.E.

“V.E akan buka akaun baru dengan ahli lain Zaf, Cham, Adeep dan Hakim. Boleh follow akaun IG V.E terbaru @_veofficial utk updates terkini V.E.

“Semoga perjuangan diteruskan dan dipermudahkan. Terus support dan doakan terbaik,” tulis pengendali akuan Instagram tersebut.

VE merupakan sebuah kumpulan R&B yang ditubuhkan sekitar akhir 90-an dan cukup terkenal menerusi lagu Ayu.

Sebelum salah seorang anggota kumpulan itu, Lah atau nama sebenarnya Abdullah Ahmad turut berundur daripada VE untuk bergerak solo sejak 2015.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca