David Foster timang anak keenam pada usia 72 tahun
KOMPOSER dan figura muzik terkenal, David Foster, menimang cahaya mata keenam pada usia 72 tahun selepas isterinya yang juga penyanyi Katharine McPhee, selamat melahirkan anak lelaki pada Khamis.
Menurut wakil jurucakap penyanyi itu, Katharine, 37, dan bayinya kini berada dalam keadaan sihat dan baik.
"Katharine McPhee dan David Poster telah menyambut bayi lelaki yang sihat. Semuanya kini berada dalam keadaan baik," ujar wakil berkenaan.
Ini merupakan anak pertama pasangan itu. Hasil perkahwinan terdahulu, David mempunyai lima anak perempuan iaitu Erin, Amy, Sara, Allison Jones dan Jordan.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2019 selepas kali pertama bertemu pada tahun 2006 menerusi program American Idol musim kelima yang disertai Katharine.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang