PELAKON berbakat besar, Ummi Nazeera telah selamat melahirkan anak keduanya yang juga bayi perempuan pada 2 Jun lalu.

Menurut Ummi, 31, atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin, bayi seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor.

“Alhamdulillah Ummi dah selamat bersalin secara normal pada 2 Jun yang lalu. Kami telah dikurniakan seorang puteri yang beratnya 3.2kg dan Alhamdulillah baby sihat walafiat.

“Walaupun Ummi demam panas sekejap dengan suhu 38.3 Celsius semasa dalam bilik bersalin. Syukur sangat semuanya selamat.

Iklan

“Doakan agar anak-anak kami membesar dengan sihat dan menjadi seorang yang solehah. Doa-doakan ya,” kongsinya menerusi akaun Instagram miliknya.

Iklan
Keluarga bahagia Ummi Nazeera dan Dr Izzar.

Ummi dan suami, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani berkahwin pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Ayra Aneesah pada 22 Ogos 2018.