‘Dengan penuh rasa terkilan…’ – Nora ulas isu anak

September 3, 2020

SEJAK semalam,  nama anak Nora Ariffin iaitu Putri Nur Dahlia, 16, hangat diperkatakan selepas tersebarnya sepotong video seorang remaja perempuan dan lelaki bercumbuan.

Tidak berdiam diri, penyanyi berusia 47 tahun itu tampil mengakui pelaku dalam video berkenaan adalah anaknya.

Iklan

“Allahuakbar. Dengan penuh rasa terkilan… Saya akui itu dia (Putri Nur Dahlia).

“Sebagai ibu, saya sudah buat yang terbaik untuk mengajar, membimbing dan mendidik serta memberi apa yang terbaik dan termampu dalam kapasiti yang terbatas.

“Tapi sebagai manusia, kita tidak boleh lari dari membuat kesilapan. Dia masih muda dan masih banyak yang perlu diperlajari dalam hidupnya.

Iklan

“Sebagai ibu, saya juga banyak kelemahan,” tulis penyanyi Hanya Satu itu menerusi akaun Instagramnya.

Tambah Nora, dia berharap anaknya itu belajar daripada kesilapan dan menjadi individu yang lebih baik pada masa akan datang.

Malah Nora juga berharap dapat diberikan ruang dan ketenangan buat masa ini.

“Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk dia dan diri masing-masing,” akhirinya.

Sementara itu, Putri Nur Dahlia menerusi akaun Twitternya menjelaskan dia telah dipaksa semasa melakukan aksi itu.

About Aqmar Mustaza