‘Detektif Lim’, kini bergelar suami

A
A
A

PELAKON drama bersiri Gerak Khas yang popular dengan watak Detektif Lim, Mohd Farid Amirul Hisham Wu Abdullah, kini bergelar suami apabila selamat disatukan dengan wanita pilihan, Norhayati Abdullah, 39, pada Selasa.

Majlis ijabkabul Farid, 55, dan isteri berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), disaksikan enam tetamu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Farid sebagaimana laporan media, meluahkan rasa syukur majlis pernikahan tersebut berjalan lancar meskipun ada beberapa dugaan kecil dilaluinya.

“Insya-ALLAH, kalau PKP sudah ditamatkan nanti dan kita dibenarkan untuk adakan majlis, kami akan adakan majlis resepsi sama ada di Kuala Lumpur atau di kampung halaman isteri di Kuala Krai, Kelantan," katanya.

Perkahwinan ini merupakan yang pertama buat Farid dan isteri.

Pasangan pengantin bergambar bersama Dr Zulkifli. - FOTO: Instagram Dr Zulkifli

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri turut memberikan ucapan tahniah kepada pelakon Farid menerusi laman Instagramnya hari ini.

“Selamat pengantin baharu diucapkan kepada ‘Sub Inspektor Lim’ daripada Gerak Khas!

“Kebetulan terserempak dengan beliau selepas selesai urusan di JAWI, Kuala Lumpur semalam.

“Semoga Farid dan isteri berbahagia dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah,” ucapnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca