BIARPUN Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) sudah tiga hari melabuhkan tirai, namun insiden penyanyi Nabila Razali ‘terkucil lagi’ ketika menyampaikan lagu Peluang Kedua, masih menjadi cerita hangat yang diperkatakan.

Tidak hanya menerima kecaman dan kutukan daripada netizen, masih ada penyanyi terkenal yang tidak putus-putus memberi sokongan dan kata-kata semangat buat selebriti berusia 29 tahun itu.

Ini termasuklah penyanyi terkenal, Datin Alyah yang menyifatkan Nabila kalah bermaruah.

“Terpanggil untuk bercakap tentang adik kita yang lawa dan peramah (banyak kali jumpa, dia yang akan sapa dahulu).

“Kalah seorang serikandi. Dia kalah bermaruah. Dia jalankan tugas dia dengan sehabis baik.

“Seumpama dia berlari ke medan perang dengan pedang yang tumpul. Bukan pedang itu yang harus kita lihat, tetapi keberaniannya turun ke medan perang itu yang harus dipandang.

“Tahniah adik, Nabila Razali. Pandang positif, kamu lebih diingati daripada yang lain. Bukti sampai ke hari ini, semua masih bercakap mengenai kamu (tak kisahlah buruk atau baik),” tulisnya menerusi Instagram miliknya.

Perkongsian yang dibuat oleh Alyah dan komen Nora di posting Alyah.

Bagaimanapun ujar Alyah, tidak adil andai menyalahkan Nabila dalam hal ini, kerana berdasarkan pengalaman, mereka yang berada di belakang penyanyi itu sepatutnya lebih peka.

“Cuma nak tanya je? Siapa yg membiarkan dia melakukan ini sepatutnya lebih peka…

Iklan

“Saya berckp berdasarkan pengalaman. Situasi berbeza di pentas yang sama,” ujarnya.

Dalam pada itu, pada ruangan komen, penyanyi Nora Ariffin turut bersetuju dengan pendapat Alyah dan menyifatkan bukan semua penyanyi dilahirkan terus menjadi hebat.

“Nabila razali tu masih baru, berilah peluang. Tak semua penyanyi dilahirkan terus hebat….

Iklan

“Lagipun ini pertandingan lagu. Kalau dia tak bagus, kenapa dapat masuk AJL? Itu rezeki dan tuah namanya.

“Sokongan daripada peminat, netizen dan stesen TV juga. Ramai penyanyi yang bagus-bagus, tetapi tak ada rezeki ke pentas AJL.

“At the end….it is all about ratings,” ujarnya.

Nabila sekali lagi ‘terkucil’ ketika menyanyi secara langsung semasa membawakan lagu Peluang Kedua.