SEBELUM ini, pelakon terkenal negara seberang, Dian Sastrowardoyo jarang sekali berkongsi potret wajah anaknya meskipun sering ditanya oleh para peminat.

Namun demikian, secara terbuka Dian telah berkongsi keadaan anak sulungnya, Shailendra Naryama Sastraguna Sutowo, yang menghidap autisme beberapa bulan yang lalu.

DIAN (kiri) bersama keluarga kecilnya.

Seusai itu, Dian sedikit demi sedikit berkongsi wajah anaknya kepada orang ramai. Dian mengakui diagnosis berkenaan pertama kali diperoleh ketika anaknya berusia seawal enam bulan lagi.

Ibu kepada dua anak berkenaan mendedahkan bahawa terdapat beberapa perkara yang dilihat oleh anaknya secara berbeza berbanding dengan anak-anak lain seusianya.

Pada masa sama, Dian berasa sangat bertuah kerana dapat mengenali tujuh ciri kanak-kanak yang harus sedar menderita autisme, sehingga dia segera membawa Shailendra berjumpa pakar perkembangan untuk rawatan lanjut.

Kata isteri kepada Maulana Indraguna Sutowo, dengan pelbagai terapi dan intervensi selama empat tahun itu, anak sulungnya dapat keluar daripada terapi dan dapat dianggap normal seperti kanak-kanak lain ketika berusia enam tahun.

Pada masa ini, Shailendra sedang berada di kelas empat dan dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Selain kemampuannya dalam pelajaran, sekarang kemampuan Shailendra untuk bersosial juga sangat bagus.

Iklan

Artikel berkaitan: Ajar anak autisme memahami maksud TIDAK atau NO, 6 cara dikongsikan Pengerusi Autisme Malaysia

Autisme atau gangguan spektrum autisme (ASD) itu sendiri adalah rangkaian gangguan perkembangan saraf, yang kebanyakannya dicirikan oleh gangguan fungsi sosial dan masalah komunikasi.

Iklan

Berikut 7 ciri-ciri autisme dan langkah intervensi awal yang boleh dikesan:

  • Kanak-kanak tidak berminat dengan kanak-kanak lain seperti bermain dan sebagainya
  • Mereka tidak dapat menentukan apa yang disukai oleh diri sendiri
  • Mereka enggan melihat mata orang lain lebih dari dua saat atau tidak akan menatap mata ibu bapa sama sekali
  • Anak-anak tidak pernah meniru kata-kata, ekspresi wajah dan gerak tubuh ibu bapa
  • Anak cenderung tidak bertindak balas ketika namanya dipanggil
  • Anak tidak mahu melihat objek yang ditunjukkan
  • Anak tidak pernah mahu bermain yang ‘berpura-pura’ seperti bermain anak patung, main masak-masak dan sebagainya

Bertepatan dengan kisah pengalaman Dian, pada awal mengetahui ciri-ciri berkenaan, mungkin ibu bapa akan merasa sedih dan cuba menjauhinya. Namun, Dian mencadangkan agar segeralah membawa si kecil berjumpa pakar agar keadaan itu dapat ditangani dengan segera.

Kredit: tribunnews.com
Foto: Ihsan Instagram @therealdisastr