PELAKON Azhan Rani mempertahankan pelawak dan pelakon, Ali Puteh yang masih lagi menjadi kebencian segelintir pihak.

Ia ekoran tindakan salah seorang pengikut Azhan yang meninggalkan komen di Instagram miliknya dan mengakui tidak menyukai Ali.

Menurut Azhan, dia bukan seorang yang suka membuka mulut atau masuk campur tentang sesuatu perkara.

Namun kadang-kadang ada isu yang perlu dijawab kerana dirasakan boleh membiakkan toksik.

“Toxic detected. Jujur saya cakap sejak bekerjasama dengan Ali, ramai yang pandang saya semacam. Kenapa saya baik sangat dengan dia.

“Nak buat macam mana, dia dengan saya serta seluruh team produksi tiada masalah. Apa yang saya jawab kat komen jujur dan ikhlas.

“Hal peribadi dia bukan masalah saya pun dan kami tak pernah rasa teruja untuk masuk campur walaupun saya tahu 1 Malaysia tengah bercakap mengenai isu dia.

“Setakat ini kerja dia bagus, dia penceria set (lokasi penggambaran). Set akan suram bila hari dia tiada.

“Apa pun masalah dia, saya pasti ada penghakiman dunia dan akhirat yang adil untuk dia dan bukan hak saya atau kita yang tiada kena mengena untuk mengadilinya,” ujar Azhan.

Komen yang ditinggalkan individu terbabit.

Tambah Azhan, dia tidak berniat untuk mempopularkan individu yang tidak menyukai Ali itu, namun hanya berharap individu terbabit tidak menyebarkan toksik.

“Abang minta maaf dik. Abang kongsi ini bukan sebab nak lihat kau popular pun, tetapi sebab nak kau hentikan menyebarkan toksik.

“Tak baik buat pun buat macam itu, kalau betul kau bermasalah dengan dia, tak perlu libatkan orang lain yang tiada kena mengena.

Iklan

“Kau boleh jumpa Ali untuk selesaikan masalah kau dengan dia.

“Insya-ALLAH dik, kita cuba buat baik sesame kita. Kita hormat orang, Insya-ALLAH orang akan hormat kita.

“Kadang-kadang kita lantang sangat cakap tak minat orang itu, kita lupa sebenarnya lagi ramai orang tengah tak minat kita. Wallahualam.

Iklan

“Hidup ini senang je. Kalau kau tak suka angkat kaki,” nasihat Azhan.