Hebat! Didi & Friends versi Bahasa Indonesia cecah 1 juta langganan YouTube!

Didi & Friends - SinarPlus
Didi & Friends - SinarPlus
A
A
A

HEBAT! Bukan sahaja popular di Malaysia, siri animasi kanak-kanak, Didi & Friends juga popular di luar negara seperti di negara jiran, Indonesia khususnya.

Buktinya, syarikat produksi animasi tempatan, Digital Durian yang merupakan penerbit siri animasi popular itu dengan berbesar hati mengumumkan hasil usahasamanya dengan Astro, Didi & Friends versi bahasa Indonesia telah berjaya meraih 1 juta langganan di saluran rasmi YouTube mereka.

Wow! Antara satu pencapaian luar biasa dan kejayaan yang boleh dibanggakan.

Dengan lebih daripada 32 juta jam tontonan, pencapaian ini membuktikan perkembangan jenama Didi & Friends di persada antarabangsa amat menggalakkan sejak pelancarannya sekitar April 2017 lalu.

Penerbitnya, Che Yusaidi Che Yusoff berkata, sejak pandemik Covid-19 melanda, syarikat melihat terdapat peningkatan dalam langganan di saluran YouTube Didi & Friends versi Bahasa Indonesia.

“Mereka menonton lebih kerap setiap hari dan menurut kajian kami, saluran ini bukan sahaja telah menerima sambutan yang baik di sana, malah menarik minat warga Indonesia yang menetap di Malaysia juga.

“Kini, ‘fanbase’ Didi & Friends di Indonesia merupakan pasaran antarabangsa terbesar bagi siri animasi itu dan saya mewakili Digital Durian bersyukur kerana dapat mengakhiri tahun 2020 ini dengan pencapaian berskala global,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu lagi, Digital Durian akan kekal komited untuk menghasilkan kandungan baharu bagi peminat-peminat Didi & Friends di seluruh dunia dengan penterjemahan ke pelbagai bahasa lain bagi kesemua platform di atas talian mahupun di kaca televisyen.

Digital Durian berhasrat untuk menjadi jenama animasi kanak-kanak Top 10 di dunia di YouTube dan akan meneruskan semangat jitunya dalam penciptaan kandungan yang terbaik bagi peminat-peminatnya di Indonesia dan di seluruh dunia.

SinarPlus juga ucapkan jutaan tahniah atas kejayaan tersebut. Syabas!

Dalam pada iti, selain daripada usaha-usaha pengedaran secara penyiaran tempatan dan di Indonesia, Didi & Friends juga boleh didapati dalam lima bahasa lain seperti Bahasa Inggeris, Thai, Sepanyol, Portugis dan Hindi.

Siri animasi Didi & Friends bersiaran di Astro Ceria setiap Isnin, jam 11 pagi.

Kesemua episod Didi & Friends boleh distrim secara eksklusif bagi pelanggan Astro melalui aplikasi Astro GO.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca