Dina Nadzir kini penyampai Sinar FM

Dina Nadzir
Dina Nadzir
A
A
A

SELEPAS lebih sedekad bersama Era FM, suara penyampai radio Dina Nadzir tidak lagi ke udara di stesen radio tersebut apabila kini bergelar penyampai baharu di radio Sinar FM.

Dina, 36, yang memulakan tugasan pertamanya di konti radio Sinar FM pada Isnin itu, mengisi slot yang ditinggalkan oleh penyampai terdahulu, Abby Fana yang tamat kontrak bersama radio itu baru-baru ini.

Menurut penyampai yang sentiasa tampil ceria itu, dia akan ke udara setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 pagi hingga 3 petang.

“Sayalah ahli baru sinar. Jadi dengarkan Sinar Solo bersama saya, Dina Nadzir, setiap Isnin hingga Jumaat.

“Ada macam-macam segmen menarik, antaranya ialah Nak Kata Apa, Sharing Is Caring, Ada Lagu Anda dan Boleh Tolong Sampaikan.

“Nak sampaikan apa-apa pesanan, kata hati kepada sesiapun, Dina di sini ada untuk anda. Dengarkan Sinar Solo setiap Isnin hingga Jumaat jam 10 pagi hingga 3 petang,” tulis Dina di Instagram miliknya.

Ramai peminat dan rakan-rakan artis yang turut memberikan reaksi positif dengan perkongsian Dina. Malah rata-ratanya mendoakan yang terbaik buat Dina di stesen baharu, Sinar FM.

 

(FOTO: Instagram Dina Nadzir)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca