PEMINAT adiwira filem Black Widow nampaknya terpaksa menyimpan hasrat untuk menonton filem tersebut kerana Disney sekali lagi mengumumkan penangguhan tarikh tayangan.

Filem superhero wanita yang dijadualkan tayangan pada 6 November tahun ini ditangguhkan ke tahun hadapan berikutan penularan wabak Covid-19.

Ini merupakan kali kedua filem lakonan Scarlett Johansson itu ditangguhkan. Kali ini tarikhnya ditetapkan pada 7 Mei 2021. Kiranya jika dihitung, genap setahun juga menangguhan tayangan filem tersebut. Fuh! Lama juga tu!

Selain Black Widow, filem Marvel yang turut terima tempias sama ialah The Eternals dan juga filem adiwira Asia pertama iaitu Shang Chi And The Legend Of The Ten Rings.

Menurut pelakon The Eternals, Kumail Nanjiani, Marvel telah buat keputusan bijak menangguhkan tayangan filem berkenaan seperti apa yang dikongsinya di akaun Twitter miliknya baru-baru ini.

Iklan

“Marvel telah membuat satu keputusan yang bijak, kita masih dalam fasa pandemik, tiada yang lebih penting daripada kesihatan dan kehidupan.

“Saya tak boleh minta peminat pergi menonton wayang sehingga saya sendiri rasa ia selamat,” katanya di akuan media sosial.

Filem “The Eternals” lakonan Kit Harington, Ma Dong-Seok,Gemma Chan dan Angelina Jolie akan ditayangkan pada 5 November 2021.

Iklan