Ditemui tidak sedarkan diri, bapa Siti Nordiana meninggal dunia

PENYANYI, Siti Nordiana berkongsi khabar duka bapanya, Alias Ahmad meninggal dunia pagi ini.

Pemergian bapa tercinta itu dikongsi Siti Nordiana atau lebih mesra dengan sapaan Nana dalam Instagram sebentar tadi.

Menerusi posting tersebut, Allahyarham bapanya menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarga di Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan.

Memohon agar semua pihak mendoakan buat arwah bapanya, Nana bagaimanapun tidak berkongsi butir lanjut mengenai punca pemergian bapanya.

“Assalamualaikum semua. Ayah nana yang tercinta Alias bin Ahmad baru sahaja menghembuskan nafas terakhir.

“Mohon semua sedekahkan Al-fatihah buat Allahyarham ayah Nana,” tulis penyanyi itu menerusi Instagram Story miliknya sebentar tadi.

Baca juga Siti Nordiana Sedia pertimbangkan lebih banyak tawaran lakonan

 

Perkongsian itu menerima ucapan takziah daripada ramai rakan artis dan pengikutnya.

“Innalillahiwainnailaihirojun, Sesungguhnya kita milik ALLAH dan kepada-Nya kita kembali.

“Ya Allah Ya Tuhanku..ampunilah ayahku, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya.

“Jadikanlah Syurga sebagai pengganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada kami sekeluarga.

“Tempatkanlah Allahyarham ayah ku di kalangan orang-orang yang beriman,” tulisnya lagi.

Sementara itu memetik laporan Kosmo! Online, pengurus Nana, Anas Osman menyatakan kali terakhir penyanyi itu bertemu arwah adalah kelmarin, namun keadaan kesihatannya seperti biasa walaupun agak uzur.

Menurut Anas, Nana dihubungi kakaknya yang memaklumkan bapa mereka ditemui tidak sedarkan diri sekitar pukul 10 pagi tadi.

Iklan

Allahyarham sudah lama uzur, tetapi masih mampu berjalan menggunakan tongkat malah Rabu lalu kesihatannya baik-baik sahaja.

Ujarnya, beberapa tahun kebelakangan ini Allahyarham menghidap penyakit kencing manis dan beberapa masalah lain.

Baca juga Siti Nordiana beri Amaran, single baru tiada kaitan dengan sesiapa

Menurut Anas lagi, berikutan tahap kesihatan Allahyarham tidak menentu, Nana berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Sendayan terutama sejak bapanya dimasukkan ke hospital pada 1 Syawal lalu.

Iklan

Jenazah Allahyarham Alias dijangka akan dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Felda Sendayan.

Al-fatihah, salam takziah buat keuluarga Nana daripada SinarPlus.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!