TERKESAN dengan nasib dan keadaan kesihatan bekas rakan sekerja, Pengurus Kanan Suria FM merangkap Ketua Stesen Radio, DJ Lin tampil meluangkan masa untuk menziarahi Subi di kediamannya pada Selasa.

Subi atau nama penuhnya Subarma Mohtaruddin, 55, merupakan bekas Pengurus Besar Program Suria FM dan menamatkan perkhidmatannya bersama radio itu sekitar tahun 2017.

Keadaan kesihatannya semakin merosot setelah terlibat dalam kemalangan beberapa bulan lalu. Difahamkan Subi kini mengalami masalah pendengaran dan ingatan, selain hilang kesimbangan badan.

“DJ Lin, penyampai Tyzo, warga Suria FM dan @mstaronlineofficial melawat bekas Pengurus Besar Program Suria FM, Subarma Moktaruddin (Subi) yang kini dalam keadaan uzur selepas terlibat kemalangan Ogos lalu.

“Sama-sama kita doakan semoga beliau diberikan kesembuhan segera. Amin,” kongsi DJ Lin di laman Twitter miliknya.

Menerusi kunjungan tersebut, DJ Lin mewakili Suria FM turut menyampaikan sedikit sumbangan untuk meringankan beban Subi sekeluarga.

Iklan

Sebelum bersama Suria FM, Subi juga merupakan bekas penyampai radio Era FM di awal penubuhannya bersama barisan penyampai seperti Halim Othman, Linda On, Jamal Jamaludin dan ramai lagi.

Iklan

Selepas menamatkan perkhidmatan bersama Suria lebih tiga tahun lalu, Subi mengendalikan radio Internet dan sistem karaoke sendiri.

(FOTO: Instagram dan Twitter DJ Lin )