Dokumentari Masjid Al-Ghazali, wakaf ikhlas mangsa tragedi MH17

Dokumentari Masjid Al-Ghazali
Dokumentari Masjid Al-Ghazali
A
A
A

PERISTIWA sedih melibatkan mangsa tragedi MH17 masih dikenang sehingga kini dan akan selamanya tersimpan dalam lipatan memori seluruh rakyat Malaysia. Apatah lagi bagi keluarga terdekat dan saudara mara mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Sempena sambutan Aidiladha tahun ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan dokumentari khas berjudul Masjid Al-Ghazali.

Dokumentari yang akan memaparkan tentang pembinaan masjid yang didirikan menggunakan bayaran wang pampasan mangsa tragedi MH17 empat tahun lalu itu bakal bersiaran pada 20 Julai, jam 1.30 tengahari menerusi saluran TV1 dan pada 21 Julai, jam 9 malam di TV Okey.

Antara mangsa tragedi MH17 itu adalah Jurutera Petroleum, Allahyarham Tambi Jiee, isterinya Allahyarhamah Ariza Ghazalee, serta empat anak mereka Muhammad Afif, Muhammad Afzal, Marsha Azmeena dan Muhammad Afruz.

Keluarga yang berasal dari Sarawak itu telah terkorban selepas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dinaiki mereka ditembak jatuh di Donestk, Timur Ukraine.

Masjid Al-Ghazali yang terletak di Jalan Depo, Petra Jaya, Sarawak itu cukup memberi makna kepada waris enam sekeluarga yang terkorban.

Menariknya, masjid yang menampilkan reka bentuk Islamik moden itu dibina dengan sebahagian besarn kosnya menggunakan wang pampasan, selain sumbangan daripada orang awam yang berinfak dan mewakafkan, selain sumbangan daripada kerajaan Sarawak.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, boleh menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan RTM mobile.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca