Donat berperisa unik, Fazley terus kreatif hasilkan resipi baharu

DATUK FAZLEY
DATUK FAZLEY
A
A
A

PENYANYI dan cef selebriti, Datuk Fazley cukup dikenali sebagai seorang yang kreatif dalam menghasilkan sesuatu resipi sehingga berjaya mencuri perhatian ramai.

Malah juara program Masterchef Selebriti Malaysia tahun 2012 itu sering dipuji kerana keberaniannya mengetengahkan warisan masakan tempatan.

Terbaru, Fazley, 42, menerusi kolaboratif bersama jenama donut terkenal, Krispy Kreme, membuat kejutan dengan menghasilkan donat dalam citarasa Malaysia.

Sebagai permulaan dan bersempena kempen Bulan Kemerdekaan, Fazley menampilkan tiga jenis perisa donatnya sendiri yang terdiri daripada Puding Raja, Kek Batik dan Ros Bandung.

Menurut Fazley, dia mengambil masa selama empat hingga lima bulan untuk membuat persediaan bagi memastikan perisa itu sesuai dengan citarasa ramai.

“Pihak Krispy Kreme memberi kebebasan kepada saya menentukan tema perisa baharu ini, namun ia harus melambangkan wajah-wajah Malaysia.

“Saya membuat pelbagai kajian dan tinjauan untuk mengetahui apa disukai orang ramai.

“Daripada proses itu, saya mengilhamkan 45 jenis perisa donat baharu, sebelum memilih yang paling menarik untuk dipasarkan,” katanya.

Tambahnya lagi, sebagai seorang cef, dia tidak menghasilkan sesuatu hidangan mengikut citarasa sendiri, sebaliknya perlu memenuhi citarasa ramai.

“Saya percaya ketiga-tiga perisa itu menjadi kesukaan ramai kerana ia mempunyai elemen Malaysia, terutamanya Puding Raja yang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat kita,” ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca