Aku Yang Kau Gelar Isteri eksklusif di iQIYI

Drama Aku Yang gelar Isteri
Drama Aku Yang gelar Isteri
A
A
A

MELUASKAN lagi koleksi drama tempatan, peneraju perkhidmatan hiburan inovatif iQIYI, kini menyiarkan drama terbaharu berjudul Aku Yang Kau Gelar Isteri, untuk penonton di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Drama romantik seram yang kini sedang hangat bersiaran di slot Samarinda TV3 itu mengetengahkan tema cinta dan dendam dengan penggunaan ilmu hitam.

Kisahnya bermula apabila seorang gadis bernama Laila jatuh cinta dengan Ezlan, namun kecewa apabila lelaki itu memilih untuk berkahwin dengan Raihani.

Laila berdendam dan menggunakan kaedah mistik iaitu penggunaan sihir sehingga menggugat perkahwinan bahagia Ezlan dan Raihani.

Aku Yang Kau Gelar Isteri dibintangi barisan pelakon popular seperti Adi Putra, Sharifah Sakinah, Nadia Brian dan Lana Nodin.

Drama tersebut boleh distrim di iQIYI bermula 17 Februari lalu dan akan disiarkan sehingga 15 Mac depan.

Ia juga merupakan salah satu judul yang tersedia melalui usaha sama kandungan drama antara pengeluar dan pengedar terbesar Malaysia, Primeworks Studios dan iQIYI.

Bulan lalu, platform penstriman ini mengumumkan penambahan drama TV3 yang menerima jumlah tontonan tinggi seperti Rahimah Tanpa Rahim dan Melastik ke Hatimu kepada senarai koleksi drama tempatan mereka.

Judul-judul drama yang ada dalam perkhidmatan penstriman iQIYI akan disiarkan pada hari sama ke seluruh negara dengan siaran saluran milik Media Prima, TV3.

Setiap drama yang disiarkan di platform iQIYI ini disertakan dengan sari kata dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris serta boleh ditonton pada bila-bila masa secara percuma di www.iQ.com atau melalui aplikasi iQIYI.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca