'Drama' buli bekas kumpulan AOA, Mina dan Jimin belum berakhir

Untitled design (13)
Untitled design (13)
A
A
A

PENDEDAHAN kisah kejadian buli yang berlaku di antara bekas ahli kumpulan AOA, Mina dan Jimin nyata masih belum berakhir.

Baru-baru ini, Mina sekali lagi memuat naik kenyataan di media sosial melibatkan perbuatan Jimin yang dipercayai telah membuli empat orang mangsa termasuk dirinya.

Biarpun telah memaklumkan mengenai hal itu sejak tahun lalu, namun Mina bagaikan tidak mudah mengalah dan menuntut keadilan atas tindakan yang dilakukan Jimin.

"Saya sudah hampir berusia 30 tahun dan anda fikir saya tidak mampu bertindak? Takut dengan komen negatif? Saya nekad untuk berjaya kerana komen negatif itu dan bukannya dengan cara menangisi apa yang berlaku. Anda boleh katakan apa sahaja yang dimahukan.

"Saya telah hilang sabar dengan perkara yang tidak benar ini. Saya berasa selesa hidup sebagai diri sendiri dan sanggup berdepan dengan sebarang kemungkinan termasuk dibenci masyarakat," katanya.

Mina turut memberitahu bahawa dirinya mempunyai bukti kukuh untuk mengheret Jimin ke muka pengadilan termasuk mendedahkan empat individu yang pernah menjadi mangsa buli termasuk dirinya.

Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa tempatan sedang giat menjalan siasatan melibatkan serangan seksual ke atas Mina yang berlaku ketika beliau berusia 14 tahun.

Mina mendakwa suspek yang ketika itu merupakan seorang pelajar sekolah tinggi telah memukul dirinya dengan menggunakan botol minuman keras sebanyak beberapa kali.

Setelah dipukul Mina mengatakan dirinya telah diserang secara seksual oleh lelaki terbabit yang kini sudah mendirikan rumah tangga dan memiliki tiga orang anak.

 

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca