‘Drama’ buli bekas kumpulan AOA, Mina dan Jimin belum berakhir

PENDEDAHAN kisah kejadian buli yang berlaku di antara bekas ahli kumpulan AOA, Mina dan Jimin nyata masih belum berakhir.

Baru-baru ini, Mina sekali lagi memuat naik kenyataan di media sosial melibatkan perbuatan Jimin yang dipercayai telah membuli empat orang mangsa termasuk dirinya.

Biarpun telah memaklumkan mengenai hal itu sejak tahun lalu, namun Mina bagaikan tidak mudah mengalah dan menuntut keadilan atas tindakan yang dilakukan Jimin.

Iklan
Iklan

“Saya sudah hampir berusia 30 tahun dan anda fikir saya tidak mampu bertindak? Takut dengan komen negatif? Saya nekad untuk berjaya kerana komen negatif itu dan bukannya dengan cara menangisi apa yang berlaku. Anda boleh katakan apa sahaja yang dimahukan.

“Saya telah hilang sabar dengan perkara yang tidak benar ini. Saya berasa selesa hidup sebagai diri sendiri dan sanggup berdepan dengan sebarang kemungkinan termasuk dibenci masyarakat,” katanya.

Mina turut memberitahu bahawa dirinya mempunyai bukti kukuh untuk mengheret Jimin ke muka pengadilan termasuk mendedahkan empat individu yang pernah menjadi mangsa buli termasuk dirinya.

Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa tempatan sedang giat menjalan siasatan melibatkan serangan seksual ke atas Mina yang berlaku ketika beliau berusia 14 tahun.

Mina mendakwa suspek yang ketika itu merupakan seorang pelajar sekolah tinggi telah memukul dirinya dengan menggunakan botol minuman keras sebanyak beberapa kali.

Setelah dipukul Mina mengatakan dirinya telah diserang secara seksual oleh lelaki terbabit yang kini sudah mendirikan rumah tangga dan memiliki tiga orang anak.

 

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram 

Share
Azma ML

Published by
Azma ML

Recent Posts

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

2 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

6 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

7 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

7 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

10 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

12 hours ago