Drama Cina Buta ditunda siaran, penonton makin teruja menunggu

A
A
A

DRAMA rantaian baharu, Cina Buta lakonan Nad Zainal, Ungku Ismail dan Aliff Aziz yang dijadualkan menemenui penonton di slot Mega Drama Astro Ria pada setiap Isnin hingga Khamis bermula hari ini ditunda pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Menurut pengumuman yang dibuat pihak Astro, keputusan itu diambil bagi memberi laluan kepada siaran program-program khas di saluran terbabit.

Naskhah arahan pengarah terkenal Sharulezad dan terbiatan Radius One itu menarik perhatian ramai apabila menampilkan kisah ‘Cina Buta’ yang sering dikaitkan sebagai cara untuk menyelamat sesebuah perkahwinan yang sudah berakhir dengan talak tiga.

Sharulezad dalam satu perkongsian di laman Instagramnya berkata, dia memilih untuk tampil mengetengahkan kisah tersebut kerana percaya masih ramai yang tidak tahu atau faham dengan istilah tersebut.

“Drama ini adalah sebuah cerita tentang konsep ‘Cina Buta’ dalam perkahwinan Islam yang hukumnya adalah haram. Tapi ramai yang terdesak melakukannya hanya semata-mata mahu menyelamatkan sebuah perkahwinan.

“Mereka pejam mata mengupah ‘Cina Buta’ gara-gara kesilapan sendiri yang mengambil remeh tentang isu nikah cerai.

“Sebenarnya ada cara lain macamana nak selamatkan perkahwinan yang tertalak tiga itu tanpa melibatkan ‘Cina Buta’. Kalau nak tahu caranya, anda kena tengok drama ini nanti sampai habis,” katanya.

Barisan pelakon drama Cina Buta yang akan menemui penonton tidak lama lagi.

Dalam pada itu, pengarah tersebut juga menganggap buah tangan terbaharunya itu sebagai dakwah kecil yang ingin disampaikan kepada penonton.

“Semoga drama Cina Buta ini mampu memberi kefahaman pada kita semua. Bukan sekadar gelak-gelak kosong tapi ada mesej atau dakwah kecil yang saya dan rakan rakan mahu sampaikan dalam santai dan ringan,” katanya.

Drama romantik komedi itu turut menampilkan lakonan daripada Puteri Aishah, Azhan Rani, Didie Alias, Norreen Iman, Anas Ridzuan dan Aman Aziz.

(FOTO: AZRUL RAFIE - ASTRO)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca