Drama Korea baharu di saluran Oh!K

K-DRAMA
K-DRAMA
A
A
A

SIRI drama Korea sememangnya mempunyai ramai pengikut dan peminat di seluruh dunia dan tidak terkecuali Malaysia.

Deretan karya baharu yang dihasilkan sentiasa ditunggu ramai dan mendapat sambutan luar biasa daripada penonton.

Saluran Oh!K  (Astro Ch 394) yang sentiasa menyiarkan drama Korea terbaik tidak ketinggalan menampilkan dua siri baharu yang bakal mencetuskan fenomena kepada peminat setia K-Drama.

SF8

Mulai 15 Ogos, setiap Sabtu, 8 malam

Drama lakonan Choi Si Won, Uee, EXID’s Hani, Lee Yeon Hee itu menceritakan tentang manusia yang mengimpikan kehidupan sempurna melalui kemajuan teknologi.

Ia membawa pelbagai kisah daripada subjek berbeza seperti kecerdasan buatan (AI), realiti berperantara (AR), reality maya (VR), robot, permainan, fantasi, seram, kuasa luar biasa dan bencana alam.

SF8 terdiri daripada lapan episod yang terdiri daripada SF8: The Prayer, SF8: Blink, SF8: Joan’s Galaxy, SF8: Manxin, SF8: White Crow, SF8: Love Virtually, SF8: Baby It’s Over Outside dan SF8: Empty Body.

 

When I Was The Most Beautiful/Prettiest

Mulai 20 Ogos, setiap Khamis dan Jumaat, 7.40 malam

Mengisahkan tentang cinta tiga segi antara Oh Ye Jin dan dua beradik Seo Hwan dan Seo Jin . Seo Hwan jatuh cinta pada Oh Ye-Jin pada pandangan pertama, malangnya dia harus bersaing dengan abangnya bernama Seo Jin.

Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah  Lim Soo Hyang, Ji Soo dan Ha Seok-Jin.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca