SENTIASA memberikan pengisian kandungan hiburan terbaik buat pelanggan setia, Astro tampil memperkenalkan dua saluran baharu beserta 10,000 episod On Demand menerusi Pek Kanak-Kanak (Kids Pack) bermula 15 Disember ini.

Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario, berkata, dua saluran baharu itu terdiri daripada Boomerang (saluran 619) dan Nick Jr. (saluran 617) bakal tampil dengan pelbagai program menarik, sekali gus memberi lebih pilihan kepada penonton.

“Kami mengalu-alukan Boomerang dan Nick Jr. kepada anda. Dua saluran baharu ini akan menyertai Cartoon Network (saluran 615 HD/635) dan Nickelodean (saluran 616 HD/636) menerusi Pek Kanak-Kanak.

“Saluran-saluran ini akan bersama Baby TV (saluran 618), Astro Xiao Tai Yang (saluran 304 HD/344), Chutti TV (saluran 213), Astro Tutor TV (saluran 601/602/603), Astro TVIQ (saluran 610) dan semestinya, jenama hiburan kanak-kanak nombor satu Malaysia, Astro Ceria (saluran 611 HD/631).

“Mereka juga boleh mengikuti saluran Nick Jr. untuk menonton Dora the Explorer, Top Wings, Shimmer and Shine dan Blue’s Clues & You.

“Selain itu, Boomerang pula menyajikan Mr. Bean: The Animated Series, My Little Pony: Pony Life, Scooby-doo! Guess Who?, The Tom & Jerry Show dan lain-lain,” katanya.

Para pelanggan juga boleh menikmati lebih 10,000 episod hiburan dan pendidikan kanak-kanak berkualiti di Astro On Demand dan Astro GO seperti We Bare Bears, SpongeBob SquarePants, Beyblade, Upin & Ipin, Ejen Ali, Adventure Time, Ben 10, Bandanamu Kids Songs, SMK, Omar & Hana, Didi & Friends dan banyak lagi.

Tidak hanya itu, semua pelanggan Astro boleh menikmati sebuah saluran sementara (pop-up) baharu, FAMtv (saluran 100) bermula 15 Disember ini.

Iklan

FAMtv bakal menyajikan hiburan terbaik untuk seisi keluarga termasuklah program-program kegemaran di Malaysia seperti Running Man, Mr. Bean, Doraemon, Phua Chu Kang, Kampung Boy dan lain-lain.

Sementara itu, kata Rozario lagi, dalam pada teruja memperkenalkan senarai kandungan baharu Pek Kanak-Kanak itu, Astro ingin memaklumkan bahawa pihak Disney telah mengumumkan kepada semua rakan kongsi di Asia Tenggara bahawa siaran Disney XD HD (saluran 612) akan dihentikan pada 31 Disember, jam 12 tengah malam.

Iklan

“Dalam memberi wajah baharu kepada Pek Kanak-Kanak, siaran saluran Disney Channel HD (614 HD/634) dan Disney Junior HD (613) juga akan dihentikan di rangkaian kami pada 31 Disember, jam 12 tengah malam.

“Bagaimanapun, kami akan terus komited menambah baik kandungan hiburan dan pendidikan kanak-kanak yang ditawarkan dan tidak sabar untuk berkongsi program-program baharu yang hebat bermula pada 15 Disember ini,” akhirinya.