Dukacita dimaklumkan ayahanda saya telah mangkat - Anis Suraya

Tengku Anis Suraya
Tengku Anis Suraya
A
A
A

AYAHANDA penyanyi Anis Suraya iaitu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, 80, mangkat di Hospital Gleneagles, Ampang, sekitar  jam 10.15, pagi Jumaat.

Pelantun lagu Cinta Tersimpul Rapi itu berkongsi berita duka tersebut menerusi laman Facebooknya sebentar tadi.

“Dengan berat hati, dukacitanya dimaklumkan ayahanda saya, Tengku Sri Laksamana Raja telah mangkat di Hospital Gleneagles,  jam 10.15 pagi tadi.

“Jenazah akan diterbangkan ke Terengganu jam 4 petang dan dianggarkan disolat dan dimakamkan selepas Maghrib di Masjid Abidin, Kuala Terengganu,” ujarnya .

Dalam perkongsian yang sama, Anis atau nama lengkapnya, Tengku Ani Soraya Tengku Sulaiman, 40, memohon orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat Almarhum ayahandanya.

“Mohon sedekahkan Al-Fatehah dan sama-sama doakan supaya almarhum ayahanda ditempatkan bersama orang-orang yang beramal soleh. Aminnnn,” tulisnya yang kini menetap di Terengganu.

Anis ketika bergiat aktif dalam bidang seni pada awal tahun 2000 merupakan artis yang bernaung di bawah label Suria Records bersama-sama Noraniza Idris, Liza Hanim dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

 

(FOTO: Facebook Anis Suraya)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca