CUKUP dikenali dengan ayat ‘is done’, siapa sangka, pelakon tinggi lampai, Datin Paduka Eina Azman mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

Mencabar diri untuk keluar dari zon selesa, Eina atau nama penuhnya Ainur Syakina Azman menyertai program realiti The Masked Singer Malaysia dan selama ini berada di sebalik topeng Rafflesia.

Bagaimanapun langkah Eina, 25, dalam program berkenaan terhenti di minggu ketujuh yang juga minggu separuh akhir apabila mendapat markah terendah daripada juri sebelum disingkirkan.

Mendendangkan lagu mash-up ‘I Will Survive & Survivor’ nyanyian asal Gloria Gaynor dan Destiny’s Child itu, Eina berkata, dirinya nekad untuk keluar dari zon selesa pada tahun 2020 ini dan mahu mencuba perkara yang baharu.

“Semasa awal-awal terima tawaran, saya tidak tahu tentang program ini kerana tidak pernah menyaksikannya. Tetapi selepas saya membuat research, saya berfikir, ‘Wow, something different!’.

“Selepas saya bercakap dengan suami, dia kata, kalau rasa berani dan nak cabar diri, ‘go for it’. Saya berjaya keluar dari zon selesa dengan menjadi seorang Rafflesia.

“Saya pun tidak sangka boleh sampai ke separuh akhir,” ujarnya.

Tambah ibu kepada pasangan kembar  Arianna Aubrey dan Karl Kareef itu, bukan mudah berada di sebalik topeng tersebut kerana dia perlu merahsiakan identiti daripada peminat dan rakan-rakan.

Iklan

“Akhirnya selepas dua bulan terpaksa menyorokkan identiti dan mengelak soalan daripada kawan-kawan mengenai ‘Rafflesia’, akhirnya terjawab sudah segala persoalan.

“Nasib baik saya boleh bersembunyi di sebalik topeng Rafflesia. Bukan mudah menyanyi dan menari dalam masa yang sama,” ujarnya.

EINA
Nyayian dan persembahan Rafflesia (Eina) beberapa kali menambat hati juri sebelum ini.

Dengan penyingkiran Rafflesia, siapakah di antara Orang Utan, Rajah Brooke, Wau, Enggang dan Bunga Raya yang akan bergelar juara?

Iklan

Saksikan Pentas Finalé The Masked Singer Malaysia di saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) pada 6 November, jam 9 malam.

Program itu yang berlangsung dari Royal Theater Shah Alam ini dinilai 100 peratus juri-juri tetap Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam dan Angah SINAR.