MUNGKIN ramai menyedari pelakon Datin Paduka Eina Azman yang dilihat lama tidak berkongsi sebarang aktiviti di laman sosial.

Beliau yang sering berkongsi video memasak di Instagram dimaklumkan sedang mengalami masalah kesihatan.

Malah difahamkan ramai yang cuba menghubungi ibu kepada dua cahaya mata kembar itu susulan ‘kehilangannya’ di media sosial.

Semalam, Eina atau nama sebenar Ainur Syakina binti Azman mendedahkan beliau kurang sihat dan baru sahaja menjalani pembedahan pada bahagian lehernya.

“Salam semua, Alhamdullilah selepas enam jam saya sudah bangun…

“Ramai yang Whatsapp dan direct message (DM) tanya saya kenapa tiada update apa-apa di Instagram.

“Dan masih terlalu ramai yang nak tahu saya sakit apa. Sejak akhir-akhir ini saya kurang sihat,” tulisnya di Instagram.

Aktres berusia 26 tahun itu tidak mendedahkan penyakit yang dihadapi. Namun, beliau berkongsi pernah melalui prosedur biopsi kerana masalah kesihatan dialaminya itu.

“Saya sudah pernah buat biopsi sebanyak empat kali di leher dari tahun 2016 sehingga hari ini. Dan sakit saya masih tak hilang.

“Hari ni saya berjaya buat pembedahan selepas dua tahun sebab tempat biopsi yang saya pernah buat beberapa kali sebelum ini masih bengkak dan sakit,” tulis Eina.

Baca juga [VIDEO]Kulit Cerah, Cantik Dan Slim – Warganet Teruja Bentuk Badan Eina Azman

Katanya, pembedahan tersebut dilakukan selepas mendapat saranan daripada dua pusat perubatan. Dalam situasi dilalui kini, Eina juga mengharapkan doa semua untuk sembuh.

“Hopefully selepas surgery ini sakit saya akan hilang selamanya, doakan saya,” kata Eina.

Menerusi ruangan komen, rakan artis dan warga maya menitipkan doa agar Eina Azman sembuh segera.

Iklan

“Oh dear, take care Eina. I doakan you cepat baik and no more sakit leher.” – @yasminhani

“Get well soon Eina.” – @adira.suhaimi

“Semoga cepat sembuh beautiful @eina_azman.” @fizahalimofficial

“Semoga diberi kesembuhan tanpa mudarat.”

“Semoga cepat sihat Datin Eina.”

Iklan

Menurut docdoc.com, biopsi adalah ujian diagnostik yang dilakukan dengan mengambil sampel jaringan atau sel untuk dianalisis di makmal.

Biopsi selalunya dilakukan untuk mendapatkan diagnosis sesuatu penyakit atau mengetahui jenis ubat atau terapi yang diperlukan pesakit.

Ikuti kami di Instagram!

Sumber: Instagram Eina Azman