ELAK berkongsi gambar-gambar Allahyarham Adibah Noor yang tidak menutup aurat, demikian kongsi pendakawah Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz.

Pemergian Adibah Nor mengejutkan ramai di antara kita. Penyanyi, pelakon, pengacara, pengisi suara dan bakat iklan itu sudah terlalu sebati dengan masyarakat kita.

Justeru, berita pemergiannya menjadi kejutan buat ramai rakan artis dan peminat.

Dalam pada berkongsi kisah kembalinya selebriti itu ke rahmatullah, PU Riz mengingatkan agar orang ramai tidak terlepas gambar arwah yang tidak menutup aurat.

Baca juga #SiBibirMerah: Sayunya… luahan akhir rakan artis buat Adibah Noor

“Saya mohon kepada semua yang mengenai arwah, minta jasa baik agar tidak kongsikan gambar arwah yang tidak menutup aurat.

“Cukup sekadar sedekahkan Al-Fatihah. Jangan kita sebarkan perkara yang tidak perlu. Pesanan ini khas buat diri saya yang sering terlupa,” titip PU Riz menerusi aplikasi Insta story.

Suami kepada selebriti, Noor Neelofa itu turut berkongsi dalil yang menyatakan larangan agar tidak berkongsikan sesuatu yang bersifat mungkar.

Baca juga: #SiBibirMerah: Kebaikan tidak diceritakan, Adibah membantu ketika PKP, pernah jual rumah, pajak barang kemas

Iklan

Kehilangan Adibah Noor amat mengejutkan rakan dan para peminat. Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamed Omar, 51 menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur susulan kanser ovari tahap 4.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Keramat Permai, Kuala Lumpur.

Iklan
Kredit foto: Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.