Elisya Sandha, anak Sheila Rusly bertunang

A
A
A

PELAKON Elisya Sandha mengikat tali pertunangan dengan anak sulung pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy, dalam satu majlis tertutup hari ini.

Biarpun tidak berkongsi butiran majlisnya, namun Sheila dan suaminya yang juga pengarah, Azman Yahya atau Jinggo sama-sama berkongsi momen manis itu menerusi Instagram masing-masing kira-kira jam 8 malam tadi.

Sheila hanya berkongsi gambar dia berpelukan bersama bakal menantunya itu bersama kapsyen ringkas yang ditulisnya berbunyi: “Alhamdulillah.”

Namun rata-rata peminat yakin wanita itu adalah Elisya. Manakala Jinggo menerusi Instagramnya turut berkongsi sepotong video yang menyaksikan Elisya diapit Sheila dan ibunya, Hatijah Teh Man.

“Teman dia macam mana papa teman mama,” tulisnya.

Sementara itu, makeup artist yang mendandan Elisya, Ijoy, turut sama berkongsi sekeping gambar Elisya yang sudah siap didandan bersama busana putih.

Perkongsian itu turut dihujani ucapan tahniah daripada peminat yang teruja melihat mereka akan menerima kehadiran menantu sulung dalam keluarga tidak lama lagi.

Hubungan Uzair dan Elisya mendapat restu keluarga kedua belah pihak.

Hubungan Elisya, 22, dan Uzair, mula diperkatakan sejak 2017 lagi apabila sering memuat naik foto bersama. Bagaimanapun pasangan ini dilihat lebih terbuka berkongsi perhubungan mereka sejak tahun lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca