Elmy Rahman keluar modal sendiri demi single sulung

Elmy Rahman
Elmy Rahman
A
A
A

PERCAYA kepada bakat dimiliki, pendatang baharu dalam bidang seni suara, Elmy Rahman sentiasa mencari peluang terbaik untuknya menempatkan diri dalam industri.

Meski sedar ia bukan perjalanan mudah, anak kelahiran Tanjung Malim, Perak itu sentiasa percaya, jika ada usaha dan kesungguhan, pasti ada peluang yang terbuka untuknya.

Impiannya menjadi kenyataan apabila tampil dengan single pertama berjudul Hapus, yang kini sudah mula dimainkan di beberapa stesen radio tanah air.

“Impian ini menjadi kenyataan selepas bertemu dengan sahabat lama, seorang pemuzik berpengalaman yang menawarkan saya menghasilkan single sendiri.

“Lagu Hapus berkonsepkan pop balada, hasil ciptaan Tam Cobain dan lirik oleh Farazila AJ menjadi pilihan untuk buah tangan pertama saya ini,” katanya teruja.

Elmy juga mengakui tidak kisah mengeluarkan wang daripada poketnya sendiri untuk menghasilkan single tersebut.

“Minat saya begitu mendalam dalam bidang nyanyian membuatkan saya sanggup menggunakan duit poket sendiri untuk menghasilkan single ini.

“Kesanggupan itu demi kepuasan diri saya sendiri yang mempunyai impian bergelar penghibur versatil suatu hari nanti,” katanya.

Meskipun pelancaran single pertamanya itu dilakukan secara atas talian pada 29 Januari lalu disebabkan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Elmy optimis lagu tersebut bakal memberi sinar buatnya.

“Apa pun cabarannya, saya tetap yakin untuk tampil dengan single ini sekali gus sebagai bingkisan istimewa buat penyokong yang selama ini menjadi tulang belakang karier nyanyian saya.

“Saya akan menjadikan pengalaman menyertai beberapa pertandingan nyanyian dan persembahan pentas sebagai dorongan meneruskan minat dan mengejar cita-cita saya dalam bidang seni,” katanya.

Terdahulu sebelum itu, Elmy pernah tampil dengan sebuah album mini berjudul Nostalgia Elmy Rahman yang mengandungi enam buah lagu nyanyian semula pada tahun 2019.

Single dan muzik video Hapus kini boleh ditonton menerusi saluran YouTube Elmy Rahman. Manakala perkembangan terkininya pula boleh diikuti di platform media social miliknya termasuk Instagram, Facebook dan Twitter.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca