PELAKSANAAN sekatan pergerakan penuh atau ‘total lockdown’ fasa satu yang bermula hari ini memberi reaksi yang pelbagai daripada rakyat Malaysia.

Ada yang menyambut baik usaha kerajaan dalam membanteras penularan wabak Covid-19, tidak kurang juga yang berduka kerana pendapatan terjejas apabila beberapa sektor tidak dibenarkan beroperasi.

Di media sosial, ramai yang mula berkongsi mesej untuk menghulurkan bantuan sekiranya ada pihak yang benar-benar memerlukan wang bagi menampung keperluan keluarga.

Tidak ketinggalan pelakon berkaliber, Datin Seri Umie Aida yang sedia membantu sekiranya ada di antara kawan-kawannya yang memerlukan bantuan makanan.

“Jika ada di antara kawan-kawan yang tak ada pendapatan dan kehabisan stok makanan di rumah kerana total lockdown ini untuk tampung keluarga, janganlah biarkan anak-anak anda tidur dalam keadaan berlapar.

Iklan

“Insya Allah, pihak kami akan bantu sedikit,” tulisnya menerusi medium Twitter.

Iklan
Perkongsian yang dibuat Umie menerusi akaun Twitter miliknya.

Perkongsian pelakon Covid Oh Covid itu menerima respons yang cukup positif daripada pengikut Twitternya.