Episod Pertama Lagu Cinta Kita Musim Ketiga Raih Lebih 3 Juta Penonton

Untitled design (92)
Untitled design (92)
A
A
A

Lagu Cinta Kita Musim Ketiga telah membuka tirai dengan episod pertama pada hari Ahad lalu (31 Oktober) dan berjaya meraih lebih 3 juta penonton (sumber: Nielsen).

Siaran langsung yang bermula jam 9 malam itu telah dimulakan dengan persembahan lagu Tentang Kita daripada juara Lagu Cinta Kita Musim Kedua, Nadeera dan Khareez.

Pada episod pertama ini, lima pasangan duet diperkenalkan untuk mewarnai pentas Lagu Cinta Kita. Namun Ain Edruce dan Kamal Adli selaku pengacara terpaksa mengumumkan hanya tiga pasangan yang berjaya mara ke pusingan seterusnya, iaitu Kay & Ika (Terlukis Indah), Hariz & Wanie (Senja Nan Merah) dan Azumi & Nyna (Memori Berkasih).

Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan menyaksikan siaran langsung pada setiap Ahad, jam 9 malam boleh terus strim live HD di www tonton.com.my dan Youtube TV3Malaysia Official.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca