Ernie Zakri, Syamel bertunang
SETELAH memberi bayangan mengenai perhubungan mereka bulan lepas, penyanyi Ernie Zakri dan Syamel akhirnya mengikat tali pertunangan dalam satu majlis sederhana, semalam.
Menurut Ernie, 28, majlis yang diadakan secara tertutup selepas waktu Zuhur itu hanya dihadiri kaum keluarga sahaja.
“Majlis pertunangan itu diadakan secara tertutup dan privasi dengan kehadiran kaum keluarga sahaja. Malah kawan-kawan pun taka da yang hadir kerana kami lebih selesa begitu.
“Persiapan juga diadakan seringkas mungkin dengan bantuan perancangan perkahwinan,” katanya kepada Sinar Harian.
Ditanya mengenai majlis perkahwinan mereka, Ernie berkata, belum ada tetapan tarikh setakat ini, namun majlis dijangka akan diadakan pada tahun hadapan.
“Insya-ALLAH kami akan disatukan tahun hadapan. Cuma bila itu belum ada tetapannya lagi. Insya-ALLAH selepas semua telah pasti menerusi perbincangan kedua-dua belah keluarga, kami akan kongsikan butirannya,” jelas pelantun Ku Bersuara itu.
Sebelum ini, Ernie, memberi bayangan akan menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan sekiranya tiada halangan.
Biarpun tidak menyebut nama ataupun gerangan pasangannya, Ernie bagaimanapun tidak menafikan Syamel, 27, adalah insan istimewa disisinya.
Apatah lagi, pasangan duetnya menerusi lagu Aku Cinta itu mempunyai ciri-ciri suami idamannya, antaranya menghormati kedua-dua ibu dan bapa.
[embed]https://www.instagram.com/p/CD77lMBjeIP/?utm_source=ig_web_copy_link[/embed]
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang